Info Pelan

Langkah Pertama AndaSampel

Your First Steps

HARI 3 DARIPADA 5

MEMBACA



Jika bertambah banyak lagi, akan kelihatan seolah-olah terdapat lebih banyak pandangan daripada bilangan orang. Semua pandangan itu sentiasa bertukar dan berubah. Secara berterus terang, memang sukar hendak mengikuti semua pandangan tersebut.



Pandangan terhadap budaya yang berubah-ubah tidak menjawab soalan, “Apakah itu kebenaran?”



Sekiranya anda hendak mengikut Yesus, anda perlu menambatkan hidup anda pada kebenaran. Ini merupakan salah satu faktor utama yang menjadikan orang Kristian berbeza daripada orang yang tidak mengikut Yesus: kita menyerahkan hidup kita untuk hidup berdasarkan kebenaran Alkitab. Kita bukanlah orang yang dipengaruhi oleh pelbagai pendapat; sebaliknya, kita bekerja keras untuk menyelaraskan hidup kita dengan apa yang diajar dalam Alkitab.



Hanya terdapat satu cara untuk berbuat demikian:



Membaca.



Mendengar.



Mengkaji.



Sekiranya kita hendak mengikut Yesus, kita mesti membiasakan diri dengan pengajaran Alkitab, dan menyelaraskan hidup kita dengan apa yang diajarkan Alkitab kepada kita. Kita mesti hidup berdasarkan kebenaran, bukan dengan bertindak balas terhadap budaya.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Your First Steps

Anda telah membuat keputusan untuk mengikut Yesus, apakah langkah seterusnya? Pelan ini bukanlah satu senarai yang lengkap untuk segala-galanya yang menyusul selepas anda membuat keputusan itu, tetapi pelan ini akan memb...

More

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SoCal Youth Ministries - AG kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://youth.socalnetwork.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami