Info Pelan

Langkah Pertama AndaSampel

Your First Steps

HARI 1 DARIPADA 5

BARU



Ketika saya di darjah empat, saya merupakan peserta akhir dalam pertandingan geografi. Memang betul, sekolah saya mempunyai pertandingan yang kurang glamor daripada pertandingan ejaan. Saya tergolong dalam tiga peserta terbaik. Kemudian, tiba giliran saya untuk menjawab. Soalan yang paling sukar bagi saya sepanjang hari itu.



Dan saya salah jawab.



Lebih teruk lagi, saya tahu jawapan untuk dua soalan seterusnya, soalan yang menentukan pemenang tempat pertama dan tempat kedua. Sekiranya, urutan soalan yang ditanyakan itu berubah sedikit, saya akan menang.



Saya tidak pernah hendak sangat peluang kedua seperti hari itu.



Dengan memilih untuk mengikut Yesus, anda memperoleh lebih daripada peluang kedua, anda memperoleh satu kehidupan yang baru.



Apabila anda membuat pilihan untuk mengikut-Nya, kehidupan lama anda akan lenyap, dan satu kehidupan yang baru bermula.



Bukan setakat peluang kedua—malah, satu kehidupan yang baru.



Adakah itu bermakna anda tidak perlu berhadapan dengan akibat keputusan yang telah anda buat sebelum ini? Tidak, namun ini bermakna satu versi diri anda yang baru, dengan sifat yang baru, kini berpeluang untuk bergerak maju.



Mengambil langkah pertama anda untuk mengikut Yesus akan menjadikan anda seseorang yang baru sepenuhnya. Terimalah identiti baru anda, meraikan kehidupan baru anda, dan menggunakannya untuk menunjukkan kepada dunia ini bahawa Yesus adalah lebih baik daripada peluang kedua.


Hari 2

Perihal Pelan

Your First Steps

Anda telah membuat keputusan untuk mengikut Yesus, apakah langkah seterusnya? Pelan ini bukanlah satu senarai yang lengkap untuk segala-galanya yang menyusul selepas anda membuat keputusan itu, tetapi pelan ini akan memb...

More

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada SoCal Youth Ministries - AG kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://youth.socalnetwork.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami