Info Pelan

Fokus: Renungan Interaktif 6 Hari Tentang Iman Bagi Kanak-kanak Sampel

Focus: A 6-Day Interactive Devotional On Faith For Kids

HARI 6 DARIPADA 6

Bagaimana Mempercayai Yesus 


Jika anda membaca ini, anda berkemungkinan mempunyai beberapa soalan tentang iman. Berhubungan dengan Yesus mungkin kedengaran pelik kepada anda. Mungkin juga mustahil. Tidak apa! 



Berikut adalah beberapa perkara yang anda harus tahu.



Semasa Tuhan mencipta dunia dan segala sesuatu dalamnya, semuanya adalah baik. 100-peratus-baik. Kemudian, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan (Adam dan Hawa) berdosa. Mereka melanggar satu-satunya peraturan yang diberikan oleh Tuhan kepada mereka. Apabila mereka melanggar peraturan itu, keadaan tidak lagi 100-peratus-baik. 



Dosa adalah perkara salah yang dilakukan kita. Setiap orang telah berdosa. Termasuk ibu bapa dan guru kita! 



Masalahnya dengan dosa adalah dosa memisahkan kita daripada Tuhan. 



Pernahkah anda berada dalam kegelapan? Jika boleh, pergilah ke suatu ruang yang tiada tingkap. Barangkali bilik air atau almari. Tutup pintu dan matikan lampu. Kira sampai sepuluh (atau 20 jika anda berasa berani!) dan keluar. 



PERTIMBANGKAN



  1. Apakah rasanya berada dalam kegelapan? 

  2. Apakah satu benda yang anda harap anda miliki semasa berada dalam kegelapan (selain daripada snek!)?


Apabila kita terpisah daripada Tuhan kerana dosa kita, keadaan itu seolah-olah berada dalam kegelapan. Walau bagaimanapun, apabila kita berada dalam keluarga Tuhan, kita memiliki cahaya yang paling terang: Yesus! Dia membantu kita mengatasi masalah dan ketakutan kita dengan keyakinan dan fokus. 



Jadi, bagaimanakah kita menghapuskan dosa kita dan menjadi sebahagian daripada keluarga Tuhan? Kita tidak dapat berbuat apa-apa tentang dosa kita kerana kita ialah manusia. Namun, Tuhan sangat mengasihi kita sehinggakan Dia mewujudkan cara untuk menyelamatkan kita. 



Tuhan telah mengutuskan Anak-Nya, Yesus, ke Bumi. Yesus datang untuk menanggung hukuman kita kerana dosa dengan membenarkan diri-Nya dipakukan pada salib, di mana Dia mati. Tiga hari kemudian, Dia bangkit daripada kematian, membuktikan bahawa Dia ialah Anak Tuhan! Sesudah itu, Dia pulang ke syurga untuk hidup bersama Tuhan selama-lamanya. 



Apabila kita memberitahu Yesus bahawa kita mempercayai Dia ialah Anak Tuhan dan meminta-Nya untuk mengampunkan dosa kita, Dia akan berbuat demikian. Dan kita akan menjadi keluarga Tuhan—sekarang, dan di syurga kelak. Kita beralih daripada hidup dalam kegelapan kepada hidup dalam terang! 



Sudahkah anda membuat pilihan untuk mempercayai Yesus dan segala sesuatu yang telah dilaksanakan oleh-Nya untuk anda? Jika tidak, bercakaplah dengan seseorang yang dipercayai, seperti ibu bapa atau pemimpin kumpulan kecil. Tanyalah mereka tentang maksud berhubungan dengan Yesus. Kemudian, beritahu mereka bahawa anda sudah bersedia untuk percaya.



Kami berharap anda menyukai Pelan ini! Kami telah mengadaptasi pelan ini daripada buku renungan interaktif 8 minggu untuk kanak-kanak sekolah rendah yang bertajuk Focus: Take a Closer Look. Ketahui Lebih Lanjut di FocusDevo.com 
Hari 5

Perihal Pelan

Focus: A 6-Day Interactive Devotional On Faith For Kids

Beriman bermaksud mempercayai apa yang tidak kelihatan kerana apa yang kelihatan. Itu adalah sukar. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan adalah benar? Bolehkah kita mempercayai Dia apabila perkara yang buruk dan men...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada reThink Group kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://orangebooks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami