Info Pelan

Fokus: Renungan Interaktif 6 Hari Tentang Iman Bagi Kanak-kanak Sampel

Focus: A 6-Day Interactive Devotional On Faith For Kids

HARI 2 DARIPADA 6

Mengenali Yesus Mengubah Cara Anda Melihat Segala Sesuatu


Mata merupakan organ yang menakjubkan. Lihatlah ini:




  • Mata manusia boleh mengesan perbezaan antara lebih daripada 10 juta warna. 

  • Saiz mata kita kekal sama seluruh hidup kita sementara hidung dan telinga kita terus bertumbuh. 

  • Lanun memakai subang kerana mereka rasa itu akan memperbaiki penglihatan mereka. 


Okey, fakta terakhir itu mungkin agak pelik, tetapi memang benar! Keupayaan melihat adalah penting. 



Walau bagaimanapun, ada kalanya mata kita boleh menipu kita—membuat kita melihat sesuatu yang tidak hadir atau tidak melihat sesuatu yang hadir. Apabila ini berlaku, keadaan ini dipanggil ilusi optik. Ilusi optik membuat kita mempercayai bahawa hal yang mustahil adalah mungkin. 



Berbicara tentang hal mustahil yang menjadi mungkin, saya tidak sabar untuk memberitahu anda lebih banyak lagi tentang Paulus, lelaki yang kita sebut pada Hari 1. Namun, anda tidak mungkin mengetahui tentang Paulus sehingga anda menemui Saulus. 



Saulus ialah orang yang jahat. Sebenarnya, ia menjadikan watak jahat dalam wayang kelihatan seperti beruang teddy. Saulus mencari pengikut Yesus dan menghukum mereka. 



Kemudian, adanya Paulus. Paulus ialah lelaki yang mengalami banyak kesakitan, kecederaan, dan kesukaran demi memberitahu orang tentang Yesus. Ia mengabdikan seluruh hidupnya untuk memulakan gereja dan membantu orang lain untuk memulakan gereja. Banyak orang berkata bahawa Paulus ialah orang Kristian yang paling terkenal. 



Saya akan memberitahu anda sesuatu yang amat mengujakan:



Saulus ialah Paulus



Huh?

Apaaaa?

Tolong ulang sekali lagi. 



Ya. 



Apabila Saulus bertemu Yesus, segala sesuatu tentang Saulus berubah. (Termasuk namanya.) Ia berubah daripada menghukum pengikut Yesus kepada menjadi pengikut Yesus! 



LAKSANAKAN INI


Ambil sehelai kertas dan pena. Fikir tentang seseorang yang sangat penting dalam kehidupan anda—seseorang yang telah membantu anda melihat perkara secara berbeza. Ia bolehlah seorang guru, jurulatih, ketua kumpulan kecil, atau seorang kawan. 



Tuliskan nama mereka di atas kertas itu. (Jika anda tidak ingat nama mereka, rekalah namanya!) Sekarang, tuliskan 3 cara kehidupan anda akan menjadi berbeza jika anda tidak pernah menemui orang itu. 



1.



2.



3.



Mengenali orang lain boleh mengubah cara anda melihat sesuatu. Walau bagaimanapun, mengenali Yesus mengubah cara kita melihat segala sesuatu. 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Focus: A 6-Day Interactive Devotional On Faith For Kids

Beriman bermaksud mempercayai apa yang tidak kelihatan kerana apa yang kelihatan. Itu adalah sukar. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan adalah benar? Bolehkah kita mempercayai Dia apabila perkara yang buruk dan men...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada reThink Group kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://orangebooks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami