Info Pelan

Fokus: Renungan Interaktif 6 Hari Tentang Iman Bagi Kanak-kanak Sampel

Focus: A 6-Day Interactive Devotional On Faith For Kids

HARI 5 DARIPADA 6

Mengikut Yesus Akan Ternyata Lebih Baik Daripada Yang Dapat Anda Bayangkan


Adakah anda suka ribut? Adakah anda tertarik dengan guruh dan kilat dan angin dan hujan? 



Ataupun adakah anda benci akan ribut? Barangkali ketiak anda berpeluh dan perut anda membuat putar roda. 



Di kutub utara Zuhal, ribut sentiasa mengganas. Dan itu bukan ribut yang kecil! Sistem cuaca Zuhal adalah dua kali ganda saiz sistem cuaca Bumi. Tambahan lagi, itu kekal sebagai salah satu misteri yang terbesar. Mengapa? Kerana ribut di sana berbentuk heksagon sempurna. 



Jika anda tidak pasti tentang bentuk heksagon, Google tentang itu sekarang. (Dapatkan kebenaran orang dewasa!) Kemudian, kembali ke sini. 



Ahli sains tidak tahu mengapa ribut besar Zuhal berbentuk demikian. Itu cumalah satu contoh sesuatu yang ahli sains banyak tahu tentang, tetapi tidak mengetahui semuanya.



Banyak misteri berlaku dalam alam semula jadi yang kita mungkin tidak akan memperoleh jawapannya. Demikian juga dengan apa yang berlaku apabila kehidupan kita berakhir di Bumi ini. 



Itu bukan topik yang menarik, bukan? Mungkin kerana kita tidak mempunyai semua jawapan tentang apa yang akan berlaku seterusnya. 



Walau bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita tentang beberapa perkara: bahawa Tuhan akan hidup dengan orang di syurga, dan bahawa Dia akan menjadi Tuhan mereka. Menakjubkan, bukan? 



Kehidupan di syurga dengan Tuhan dan keluarga-Nya kedengaran menggemparkan. Namun, apakah kelayakan untuk pergi ke syurga? 



Kebaikan hati?

Kebaikan?

Pengampunan?



Sesukar mana pun pergi ke syurga mungkin nampak, itu sebenarnya sesuatu yang sangat mudah. 



Anda hanya perlu mempercayai Yesus untuk pergi ke syurga. Itu tidak bermaksud anda perlu menjadi sempurna. Fikirlah tentang Paulus! Ia fikir orang Kristian ialah musuh, kemudian ia menjadi seorang Kristian! Paulus mengetahui kebaikan Tuhan adalah lebih besar daripada kesalahannya. 



Demikian jugalah benar bagi anda. 



Anda hanya perlu mempercayai Anak Tuhan, Yesus. (Jika anda tidak pernah mempercayai Yesus—jika anda tidak pernah memohon untuk menjadi keluarga Tuhan untuk selama-lamanya—pastikan anda membaca renungan esok.)



LAKSANAKAN INI


Ambil sehelai kertas dan pena. Lukiskan gambar untuk menunjukkan fikiran anda tentang syurga. Bagaimanakah orang akan ke sana? Di manakah mereka akan tinggal? Apakah yang akan mereka pakai, buat, dan makan? 



Semasa melukis, ingatlah: mengikut Yesus akan ternyata lebih baik daripada yang dapat anda bayangkan, kerana iman kitalah yang memberikan kita harapan syurga.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

Focus: A 6-Day Interactive Devotional On Faith For Kids

Beriman bermaksud mempercayai apa yang tidak kelihatan kerana apa yang kelihatan. Itu adalah sukar. Bagaimanakah kita mengetahui bahawa Tuhan adalah benar? Bolehkah kita mempercayai Dia apabila perkara yang buruk dan men...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada reThink Group kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://orangebooks.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami