Info Pelan

Apakah Itu Hari Paska?Sampel

What Is Easter All About?

HARI 6 DARIPADA 6

Kasih Kurnia adalah untuk Semua Orang!



Seorang lelaki telah diramalkan oleh para nabi selama beberapa ratus tahun. Kelahiran-Nya. Rupa kehidupan-Nya. Bagaimana Dia akan mati. Dan, yang paling penting, bagaimana Dia akan bangkit semula dalam tiga hari. Kemudian, semua itu terjadi! 



Begini, jika Yesus tidak pernah menggenapi ramalan tersebut, tiada orang akan mengambil peduli. Jika Dia tidak mati dan bangkit daripada kematian? Orang akan fikir bahawa Dia itu seorang pembohong besar ataupun orang gila. Tiada orang akan mengingati Dia. 



Walau bagaimanapun, Yesus datang dalam cara yang diramalkan. Dia melakukan apa yang Dia kata Dia akan lakukan. Dia mati. Pengikut-Nya menyaksikan semua itu. Mereka berasa takut. 



Selepas itu, pengikut-Nya melihat Dia dibangkitkan! Mereka dipenuhi keberanian! Kebangkitan Yesuslah yang menjadikan hari Paska begitu penting, tidak dapat dilupakan, dan mengubah dunia. 



Kasih kurnia dan pengampunan Yesuslah yang mengubah kehidupan! 



Yesus dipenuhi kasih untuk setiap orang. Dia mahu kita untuk mengambil isyarat kasih kurnia-Nya untuk dunia ini dan memajukannya! Dunia ini memerlukannya. Semua orang perlu mengetahui bahawa adanya Allah. Dia telah mencipta kita. Dia mengambil berat tentang kita. Dia menjangkau kita, sebaik-baiknya kita menjangkau-Nya juga. 



Seperti yang dikatakan oleh Jason semalam, dunia ini tidaklah sempurna. Dunia ini masih dipenuhi keremukan dan penderitaan. Walau bagaimanapun, Allah menyertai kita sepanjang perjalanan kita. Pada suatu hari, Dia akan membetulkan segala sesuatu sekali lagi, seperti keadaan asal yang dicipta-Nya dahulu! Bumi baru akan muncul. Kita akan hidup bersama Allah selama-lamanya, tiada lagi penderitaan dan tiada lagi tangisan. Sesungguhnya berita yang menakjubkan! 



Tontonlah video ini, dan terimanya sebagai jemputan untuk menyertai kisah kasih Allah yang besar kepada dunia ini dengan memajukan kasih kurnia-Nya ke mana jua yang anda pergi sepanjang hayat anda! Hari Paska sudah tiba, dan ia kekal selama-lamanya!




Tanyalah diri: Bagaimanakah saya dapat memajukan kasih kurnia Allah? Siapakah kenalan saya yang boleh saya layan dengan baik hati dan tunjukkan kasih Allah kepadanya? Bagaimanakah saya dapat menyebarkan berita baik bahawa Yesus mengasihi setiap daripada kita kepada semua orang yang saya temui?  



Doa: Allah, terima kasih atas hari Paska! Yesus hidup! Saya dapat melibatkan diri dalam cerita kasih dan pengampunan-Mu. Tolonglah saya untuk semakin menyebarkan kasih kurnia, kasih, dan pengampunan-Mu setiap hari. Dalam nama Yesus, amin.



Hei, sebelum anda pergi, lihatlah lebih banyak video lagi yang menakjubkan daripada Loop Show!


Hari 5

Perihal Pelan

What Is Easter All About?

Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami