Info Pelan

Apakah Itu Hari Paska?Sampel

What Is Easter All About?

HARI 1 DARIPADA 6

Segala Sesuatu Bermula Apabila … 



Adakah anda tahu bahawa semua ahli fikir yang ulung dalam keKristianan (dan juga semua ahli fikir ulung di luar keKristianan) bersetuju bahawa hari Paska ialah sehari yang paling penting bagi orang Kristian? Memang benar! Adakah anda tahu sebabnya? 



Demi mengetahui mengapa hari ini adalah begitu penting, anda perlu mengetahui lebih banyak lagi tentangnya. Tontonlah video ini dengan seorang rakan baik The Loop Show, Jason. Ia akan membawa anda mengimbau permulaan cerita ini. 




"Allah mempunyai rancangan yang lain!" Apakah rancangan itu? Anda perlu terus membaca untuk membongkarnya. Jason akan kembali untuk memberitahu anda lebih banyak lagi tentang cerita hari Paska—dan serba sedikit tentang ceritanya. Sepanjang lima hari seterusnya, anda akan mendapat tahu tentang apa itu hari Paska. Anda akan mendapat tahu tentang maksudnya buat anda. Anda akan mendapat tahu apa yang boleh anda lakukan untuk menyertai cerita Allah yang mengagumkan ini! 



Bagi hari ini, ingatlah bahagian pertama kata-kata Jason. Pada asasnya, ia berkata:



Pada mulanya, Allah bersama-sama dalam komuniti yang mengagumkan dengan diri-Nya, yang terdiri daripada Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus. Memanglah sukar hendak dibayangkan, tetapi kita tahu hubungan ini adalah sangat baik—begitu baik sehinggakan Dia ingin berkongsi komuniti ini dengan ciptaan yang boleh memilih untuk mengasihi-Nya dan hidup bersama-Nya jika mereka mahu. Maka, Dia mencipta manusia! 



Tanyalah diri: Apakah soalan anda tentang hari Paska? Selepas melengkapkan Pelan Alkitab ini, saya mungkin masih mempunyai soalan tentang hari Paska. Siapakah yang boleh saya tanya pada masa itu? Siapakah yang boleh saya jemput untuk membaca Pelan Alkitab ini bersama saya? 



Doa: Allah, terima kasih atas cara Engkau telah mengasihi kami. Terima kasih kerana Engkau telah mencipta dunia yang indah ini. Terima kasih kerana orang yang menakjubkan yang telah Engkau tempatkan dalam kehidupan saya. Tolonglah kami untuk mengasihi orang lain sebagaimana Engkau mengasihi kami. Dalam nama Yesus, amin.


Hari 2

Perihal Pelan

What Is Easter All About?

Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami