Info Pelan

Apakah Itu Hari Paska?Sampel

What Is Easter All About?

HARI 2 DARIPADA 6

Keadaan Mula Merosot



Dalam bacaan hari ini daripada kitab Kejadian, anda akan mendapat tahu bahawa manusia yang pertama dinamakan Adam dan Hawa. Allah telah memberikan mereka dunia yang dipenuhi kebebasan, tetapi juga satu hal yang tidak boleh dilakukan. Mengapakah Dia berbuat demikian? Ini dilakukan agar mereka boleh menjauhi Allah jika mereka ingin berbuat demikian. Dia juga memberitahu mereka tentang akibat yang akan melanda jika mereka memilih untuk berpaling tadah: kematian. Mengapa? Kerana Allah ialah hidup, maka tanpa Dia, tiadalah hidup. Itulah keadaannya. 



Jadi, mengapakah Allah mencipta manusia dengan keupayaan memilih—walaupun ini bermaksud kita boleh memilih perkara yang salah dan bukannya perkara yang betul? 



Allah telah memberikan kita pilihan kerana itulah yang dilakukan oleh kasih. Kasih tidak pernah memaksa. Allah ialah kasih. Kitab Yakobus mengatakan bahawa segala sesuatu yang baik datangnya daripada Dia. Dia telah mencipta kita untuk hubungan yang indah bersama-Nya selama-lamanya—jika itu yang kita inginkan. Namun, kita telah membuat kesilapan. 



Bocoran cerita: Adam dan Hawa memilih untuk melakukan hal yang diarahkan agar tidak dilakukan. Apabila mereka berbuat demikian, mereka rasa malu buat pertama kalinya. Allah tidak mahu mereka untuk berasa malu, tetapi itulah akibat dosa. Dosa membawa kematian terhadap sukacita dan kebebasan kita. Dosa membawa kematian terhadap hubungan kita dengan Allah. Ini menyakitkan. Ini membawa bencana kepada kita. Inilah punca kelukaan terhadap planet kita, terhadap satu sama lain, dan terhadap diri kita. Ini terjadi kerana dosa kita sendiri, tindakan berpaling tadah terhadap apa yang Allah katakan adalah betul, yang membawa kematian ke dalam dunia ini. 



Hari ini, Jason akan berkongsi sedikit tentang ceritanya. Dia akan menjelaskan satu lagi gambaran menyedari bahawa anda telah diasingkan daripada sesuatu yang disukai. 




Jason yang berumur 6 tahun mengalami kehilangan yang disebabkan oleh kematian buat pertama kalinya. Pernahkah anda kehilangan seseorang yang rapat dengan anda? Pengalaman ini pasti mengubah kehidupan anda. Allah langsung tidak menyukai itu. Dia telah mencipta dunia yang indah ini untuk dikongsikan oleh manusia dengan-Nya. 



Allah melihat bahawa kita telah merosakkan rancangan-Nya sehinggakan kita tidak mungkin memulihkannya. Dia mula menyebarkan firman kepada para nabi-Nya bahawa Dia akan mengutus seseorang untuk memulihkan keadaannya. Kita semakin dekat dengan hari Paska! Anda akan membaca lebih banyak lagi esok. 



Tanyalah diri: Jika saya mencipta sebuah robot dan memprogram robot itu untuk menjawab "ya" setiap kali saya menanya sama ada robot itu mengasihi saya, adakah itu bermaksud robot itu betul-betul mengasihi saya? Apakah beberapa perbezaan antara saya dan robot tersebut? 



Doa: Allah, terima kasih kerana membenarkan kami untuk memilih untuk mengasihi-Mu. Terima kasih kerana Engkau sangat mengambil berat tentang fikiran kami sehinggakan Engkau tidak memaksa kami untuk mengasihi-Mu—walaupun kami harus mengasihi-Mu! Kasih sedemikian adalah sukar untuk difahami oleh saya. Tolonglah saya untuk lebih memahami tentang Engkau dan kasih-Mu setiap hari dalam kehidupan saya. Dalam nama Yesus, amin.



  


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

What Is Easter All About?

Pernah seorang lelaki meramalkan kematian-Nya. Dia juga meramalkan bahawa Dia akan mati selama tiga hari sahaja. Ramalan-Nya tepat sekali! Kematian Yesus dan kebangkitan-Nya daripada kematian merupakan kebenaran kisah ha...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami