Info Pelan

Kebebasan Daripada DosaSampel

Freedom From Sin

HARI 3 DARIPADA 5

Pembandingan Doa



Jangan menilai seseorang kerana dosanya berbeza daripada dosa anda. — Tanpa Nama 



Kita sudah membincangkan apa itu dosa, mengapa kita melakukannya, dan bagaimana menghentikan kitaran dosa. Topik hari ini pasti akan mencabar kita kerana kebanyakan orang terjerat kerana membandingkan dosa mereka dengan dosa orang lain. 



Marilah melihat berbohong sebagai contoh. Setiap orang pernah membohong. Sesetengah bohong kelihatan besar dan menyempadani pengkhianatan, sementara bohong yang lain adalah lebih kecil pada tahap “tidak apa”. Kita fikir bohong kecil kita yang nampaknya tidak mempengaruhi orang lain adalah tidak apa. Walau bagaimanapun, orang yang mengkhianati pasangan mereka, itu pastilah bohong yang besar. Di samping itu, kita berfikir dengan bangga, “Saya bersyukur kerana saya bukan dia.”



Penetapan minda ini adalah tidak tepat dan langsung tidak alkitabiah. Kita baca dalam Roma 3:23, “Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.” (AVB) Pada dasarnya, kita telah menyimpang daripada sasaran. Sama ada kita menyimpang sedikit atau banyak, kita tidak mencapai kesempurnaan Allah. 



Pendedahan ini tidak bermaksud untuk memalukan kita—pendedahan ini bertujuan membebaskan kita! Bebas daripada perangkap memandang orang lain dan berfikir bahawa kita adalah lebih superior daripada mereka. Jika kita terus membandingkan diri dengan orang lain, maka standard itu akan sentiasa menjadi sasaran yang bergerak. Ada kalanya kita rasa seperti orang yang terbaik di dunia ini berbanding dengan tindakan orang lain, sementara pada waktu yang lain, kita berasa kecewa kerana seseorang yang lain membuat pilihan yang lebih baik daripada kita. 



Kesempurnaan Allah harus dijadikan standard, atau sasaran kita. Jika kita berusaha untuk mengikut Dia dan mentaati Dia dengan sepenuh jiwa raga, kita akan mendekati standard-Nya. Ini ialah pengejaran sepanjang hayat bagi pengikut Kristus. Apabila kita memakukan pandangan pada Yesus, kita cenderung ingin menjadi orang yang lebih baik daripada memandang orang lain. 



Berusaha untuk mengikut dan mentaati Allah tidak kena-mengenakan dengan memperoleh lebih banyak kasih-Nya. Kasih Allah sudah terjamin untuk pengikut Kristus. Kita tidak dapat melakukan apa-apa untuk membuat Dia lebih mengasihi kita daripada sekarang ini. Namun, memilih untuk memuliakan dan mengikut Dia, meskipun susah, akan menghasilkan hidup yang kelimpahan yang telah dijanjikan oleh Dia semasa kita hidup di dunia ini.  



Renungan




  • Adakah anda membandingkan dosa anda dengan dosa orang lain? Mengapa ya atau mengapa tidak?

  • Fikirlah tentang dosa yang telah anda lakukan atau kerap anda lakukan yang kelihatan kecil berbanding dengan dosa "besar" orang lain. Akui dosa anda kepada Allah dan mintalah pertolongan-Nya untuk menumpukan perhatian pada hidup sendiri, bukannya pada hidup orang lain.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Freedom From Sin

Setiap orang membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak suka memanggil kesilapan mereka itu "dosa", walaupun itu memanglah dosa. Dalam Pelan ini, kita akan mempelajari apa itu dosa, mengapa kita melaku...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami