Info Pelan

Kebebasan Daripada DosaSampel

Freedom From Sin

HARI 2 DARIPADA 5

Mengapakah Kita Berdosa & Bagaimanakah Kita Berubah



Meskipun dosa sering memberikan kepuasan segera, dosa tidak memberikan sukacita yang kekal. — R.C. Sproul



Tidakkah baik jika kita tidak berdosa lagi? Kita melakukan perkara yang tidak harus dilakukan, tetapi kita tidak perlu hidup terikat oleh dosa. Sebelum kita belajar bagaimana berubah dalam hidup kita, kita perlu memahami mengapa kita terus berdosa. 



Mengapakah kita terus berdosa?

Sebahagian daripada jawapan itu ialah apa yang telah kita bincang pada hari yang pertama. Semua manusia dilahirkan dengan sifat berdosa. Daging kita adalah kuat dan mementingkan diri, dan menginginkan apa yang diingini. Kita mudah tergoda, oleh itu, cenderung berdosa. Kita mempunyai keinginan dan nafsu yang perlu dipuaskan. Maka, semasa godaan menyerang, daging kita mengalami kesusahan mengatakan tidak kerana daging kita adalah lemah. Rasul Paulus menulis bahawa ia tidak memahami mengapa ia melakukan apa yang dilakukannya—bahawa ia betul-betul benci akan apa yang dilakukannya—tetapi ia terus melakukannya. Perkara yang ingin dilakukannya pula? Ia tidak melakukannya! 



Ketika waktu yang lemah itu, musuh rohani kita ada dekat dengan kita. Ia cuba meyakinkan kita bahawa apa yang sedang kita lakukan itu adalah okey. Anda boleh berasa yakin bahawa jika musuh kita bercakap, ia pastinya berbohong. Walau bagaimanapun, dengan pengaruh musuh di sekeliling kita, tidaklah bijak untuk menyalahkannya dan kuasa jahatnya kerana pilihan kita. Ya, kita hidup di dunia di mana pertempuran rohani sedang berlaku, tetapi musuh kita tidaklah lebih kuat daripada kita. Dengan Allah dalam diri kita, kita berkuasa untuk mengalahkan apa-apa godaan atau kuasa yang menentang kita.  



Bagaimanakah kita berhenti berdosa?

Berita baiknya ialah kita boleh bertambah baik dari segi ini dan tidak membenarkan dosa untuk menjadikan kita tawanan. Kita harus memilih perkara yang menguatkan kita demi mengatasi godaan dan pertempuran rohani. Kita perlu menilai situasi yang kita letakkan dalam hidup kita. Kita harus berjaga-jaga akan orang yang menghabiskan masa yang banyak dengan kita, dan menyedari bahawa apa yang kita tonton dan dengar juga mempengaruhi kita. Adakah situasi dan orang dalam hidup kita menyumbang kepada pilihan buruk kita yang membuat kita berdosa? Kita harus berterus terang dengan diri sendiri jika kita inginkan kebebasan.



Lagi kita mengatakan ya terhadap perkara daripada Allah, lagi kurang kita akan tunduk kepada dosa. Kita tidak akan menjadi sempurna, tetapi kita boleh membuat pilihan dan mempercayai Allah untuk membimbing kita mengharungi keadaan kita yang sukar. Dia menjamin kekuatan-Nya kepada kita dalam segala sesuatu. Marilah kita menerima janji-Nya.



Renungan




  • Fikirlah tentang dosa yang telah anda senaraikan pada hari yang pertama. Bilakah anda membuat pilihan tersebut? Siapakah atau apakah yang ada di sekeliling anda? Apakah langkah yang boleh anda ambil untuk menemui kebebasan daripada ini?

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Freedom From Sin

Setiap orang membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak suka memanggil kesilapan mereka itu "dosa", walaupun itu memanglah dosa. Dalam Pelan ini, kita akan mempelajari apa itu dosa, mengapa kita melaku...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami