Info Pelan

Kebebasan Daripada DosaSampel

Freedom From Sin

HARI 1 DARIPADA 5

Menyimpang daripada Sasaran



Sesetengah dosa tidak terkatakan, tetapi tiada dosa yang tidak dapat dihilangkan oleh darah Kristus. — Charles Spurgeon



Dosa. Ini ialah perkataan yang tidak suka disebut oleh orang Kristian kerana ia membuat kita rasa malu. Kita lebih suka menggunakan perkataan seperti pergelutan atau kesilapan. Walau bagaimanapun, mengatasi dosa secara jujur akan menolong kita menemui kemenangan daripadanya pada masa depan. Sebelum kita menyelami ini, marilah kita jawab beberapa soalan yang diajukan kita tentang dosa:



Apakah itu dosa?

Jika anda melihat bahasa Yunani—bahasa asal Perjanjian Baru—perkataan untuk dosa ialah hamartanō, dan bermaksud “tersilap.” Walau bagaimanapun, definisi yang digunakan oleh kebanyakan sarjana ialah “menyimpang daripada sasaran,” yang merujuk kepada memanah. Jika anak panah tidak mengenai mata sasaran, atau pusat sasaran, anak panah itu telah “menyimpang daripada sasaran.” Demikianlah dosa.



Sasaran itu merupakan standard yang telah ditetapkan oleh Allah. Sasaran itu ialah jalan-Nya yang sempurna. Berdasarkan Roma 3:23, kita semua telah menyimpang daripada sasaran itu. Tiada seorang pun yang dapat mengatakan bahawa ia adalah sempurna. Walau kita menyimpang sedikit atau banyak pun daripada sasaran itu, itu tetaplah dosa. 



Dari mana asalnya dosa?

Dosa memasuki dunia ini kerana manusia pertama, Adam dan Hawa. Dalam kitab Kejadian, Perjanjian Lama, kita membaca bahawa Allah memberitahu Adam dan Hawa bahawa mereka boleh memakan buah daripada semua pokok di Taman Eden kecuali satu—pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Tahukah anda? Mereka makan buah daripada pokok itu. Disebabkan oleh satu tindakan itu, seluruh bangsa manusia dilahirkan dengan hati yang rosak akhlak, dan kita berdosa sejak kita berupaya berbuat demikian. 



Kita telah dilahirkan dengan sifat berdosa kerana pilihan orang lain. Kedengaran tidak adil, bukan? Namun, ada berita baik. Seperti mana dosa dibawa ke dunia ini oleh seorang manusia, Adam, keselamatan telah datang ke dunia ini oleh Seorang Manusia, Yesus. Allah telah mengutus Anak-Nya untuk mati di salib demi dosa kita. Disebabkan oleh kerja Yesus yang telah diselesaikan di salib, kita memperoleh kemenangan ke atas dosa dalam hidup kita. Sementara kita tidak mencapai kesempurnaan, kita boleh membuat pilihan yang akan membuat kehidupan kita lebih kelimpahan dan penuh. 



Sepanjang empat hari seterusnya dalam Pelan ini, kita akan membincangkan mengapa kita berdosa dan bagaimana menghentikan kitaran dosa dalam hidup kita. Kita akan meneliti pembandingan dosa kita dengan orang lain dan memilih untuk mengasihi orang lain daripada membalas. Akhirnya, kita akan belajar bagaimana menjalankan hidup yang diampunkan dan bebas—kerana itulah identiti kita.



Renungan




  • Adakah sukar untuk mengakui bahawa anda telah berdosa? Mengapa ya atau mengapa tidak?

  • Fikirkan isu yang menjadi pergelutan anda. Panggillah pergelutan itu dengan istilahnya yang betul—dosa. Mintalah Allah untuk menolong anda mengatasi ini.

Hari 2

Perihal Pelan

Freedom From Sin

Setiap orang membuat kesilapan. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak suka memanggil kesilapan mereka itu "dosa", walaupun itu memanglah dosa. Dalam Pelan ini, kita akan mempelajari apa itu dosa, mengapa kita melaku...

More

Pelan Alkitab original ini dihasilkan dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami