Info Pelan

9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 3 daripada 3 Sampel

9 Common Lies Christians Believe: Part 3 Of 3

HARI 3 DARIPADA 3

Semasa melalui musim yang sukar dan derita, memanglah mudah untuk berasa seolah-olah Allah telah lupa akan anda. Walau bagaimanapun, itu ialah satu bohong. 



Allah menepati janji-Nya tentang kedatangan pertama Yesus. Seperti orang kudus Perjanjian Lama yang tidak sabar-sabar menunggu kedatangan pertama itu, kita sebagai orang kudus Perjanjian Baru tidak sabar-sabar menunggu kedatangan kedua-Nya. Sebenarnya, terdapat lebih banyak lagi nubuatan dalam Alkitab tentang kedatangan kedua Yesus berbanding dengan kedatangan pertama-Nya. 



Sesungguhnya harapan besar yang diberikan oleh ini. Dia mengingati anda. Dia mengetahui kesusahan anda, dan kesedihan anda. Dia mengetahui bila anda rasa dilupakan dan Dia masih mengasihi anda serta mengingati anda. Dia berjanji kepada anda bahawa penderitaan anda akan mempunyai tarikh akhir. Keadaan sekarang ini bukanlah keadaan yang kekal selama-lamanya. Dia akan kembali kerana Dia mengingati anda. 



Walau bagaimanapun, kedatangan kedua-Nya akan kelihatan amat berbeza daripada kedatangan pertama-Nya: 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, Dia datang sebagai seorang bayi. Apabila Dia datang lagi, Dia akan datang sebagai raja yang sudah besar. 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, Dia datang dengan lemah lembut dan rendah hati. Apabila Dia datang lagi, Dia akan datang dengan kekuasaan dan kemuliaan. 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, Dia datang sebagai hamba yang menderita. Apabila Dia datang lagi, Dia akan datang sebagai tuan yang berkuasa. 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, hanya segelintir orang sahaja di kota Betlehem yang mengetahuinya. Apabila Dia datang lagi, setiap orang di dunia ini akan mengetahui siapa Dia itu. 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, hanya beberapa orang majus yang bersujud di hadapan-Nya. Apabila Dia datang lagi, setiap lutut akan bertelut di hadapan-Nya. 



Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persamaan juga: 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, Dia datang kerana Dia mengasihi anda. Apabila Dia datang lagi, Dia akan datang kerana Dia mengasihi anda. 



Kali pertama Yesus datang ke dunia ini, Dia datang kerana Dia mengingati anda. Apabila Dia datang lagi, Dia akan datang kerana Dia mengingati anda.



Soalan Renungan: 



Apakah beberapa perbezaan antara kedatangan pertama Yesus dengan kedatangan kedua-Nya? Aspek bersemuka dengan Yesus yang apakah mengujakan anda? 



Kebenaran: 



Yesus tidak lupa akan anda. Dia mengingati anda. Penderitaan anda mempunyai tarikh akhir.


Hari 2

Perihal Pelan

9 Common Lies Christians Believe: Part 3 Of 3

Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah....

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/567221/9-common-lies-christians-believe-by-shane-pruitt/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami