Info Pelan

9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 3 daripada 3 Sampel

9 Common Lies Christians Believe: Part 3 Of 3

HARI 1 DARIPADA 3

Kita semula jadinya ingin “mempercayai diri sendiri”


Sebenarnya, sejak kecil kita diajar bahawa ini ialah harga diri yang baik. Walau bagaimanapun, kita telah dicipta untuk mempercayai Seseorang yang lebih besar daripada diri kita. 


Pada teras mempercayai diri sendiri ialah keinginan kita untuk berkuasa. Walau bagaimanapun, jika anda cuba menjalankan hidup dengan mempercayai diri sendiri, anda akan terjerat oleh kekecewaan, ketakutan, kerisauan, dan kegelisahan. Tekanan mencuba mengawal semua situasi akan menyebabkan anda ditumbangkan oleh kesukaran kehidupan. Kehidupan di dunia ini boleh melepaskan tumbukan yang menjatuhkan anda, tetapi ia tidak dapat mengalihkan Allah daripada takhta-Nya. 


Anda tidak dicipta untuk mempercayai diri sendiri, kerana anda tidak dicipta untuk mengawal keadaan. Anda telah dicipta untuk mempercayai Seseorang yang lain. Anda telah dicipta untuk mempercayai Seseorang yang lain untuk mengawal keadaan. Itulah makna iman—mempercayai Dia yang duduk di takhta sebagai Raja. 


Ada kebebasan yang menakjubkan dalam cara hidup ini. Ia menyingkirkan semua tekanan daripada anda dan menempatkannya pada Dia yang boleh mengendalikannya. Satu perkara yang baik tentang mempercayai Allah dan mengamanahkan hidup anda kepada Dia ialah Dia tidak bergelut dengan perkara yang sama dengan anda dan saya. Dia tidak pernah berasa tertekan, gelisah, atau risau. Dia berkuasa atas segala hal, mempunyai rancangan dan tujuan, dan cukup kuat untuk menyelesaikannya. Kita akan gagal. Dia tidak pernah gagal. Kita akan membuat silap. Dia tidak pernah membuat silap. Kita akan bercelaru. Dia tidak pernah bercelaru. Dia boleh dipercayai. Dia telah membuktikan Diri berulang kali. Namun, mempercayai Dia bermaksud kita perlu melepaskan tangan. Melepaskan tangan bermaksud kita tidak boleh mengekalkan kuasa kita. Walau apa pun yang menjadi "pautan" anda, sudah tiba masanya untuk menempatkannya dalam tangan Allah dan melepaskan tangan. 


Iman berkuatkuasa sebaik sahaja anda melepaskan tangan. 


Soalan Renungan: 


Dalam lingkungan hidup anda yang manakah anda cuba mengawal keadaan?


Apakah satu perkara dalam hidup anda—hanya satu perkara—yang anda boleh serahkan kepada Allah pada minggu ini?


Kebenaran: 


Anda tidak dicipta untuk "mempercayai diri sendiri". Anda telah dicipta untuk mempercayai Seseorang yang lebih besar daripada diri anda.


Hari 2

Perihal Pelan

9 Common Lies Christians Believe: Part 3 Of 3

Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah....

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/567221/9-common-lies-christians-believe-by-shane-pruitt/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami