Info Pelan

9 Bohong Biasa yang Dipercayai oleh Orang Kristian: Bahagian 3 daripada 3 Sampel

9 Common Lies Christians Believe: Part 3 Of 3

HARI 2 DARIPADA 3

Jika kita tidak berserah kepada kebenaran Kristus secara aktif pada setiap hari, maka kita dengan semula jadinya kembali kepada versi kebenaran diri kita. Sikap menganggap diri sendiri yang betul ini ialah bohong bahaya yang akan membawa kita ke parit keangkuhan.



Bekerja keras untuk membuat Allah menyukai anda ialah buah kebenaran diri. Apakah itu? Ia ialah usaha untuk menjadi benar di hadapan Allah melalui usaha diri. Kebenaran diri selalu didefinisikan oleh diri sendiri. Anda menentukan apa yang betul dan salah. Anda dengan sia-sia mencuba mendefinisikan apa yang cukup baik untuk menyenangkan hati Allah. Atau, lebih tepat lagi, anda menentukan apa yang menyenangkan hati anda. Anda berusaha sedaya upaya sehinggakan anda boleh berkata, "Ini adalah cukup baik. Saya pasti Allah menyukai saya sekarang ini.”



Walau bagaimanapun, jalan kebenaran diri sentiasa mempunyai parit yang dalam. Jika anda berjalan di atas jalan ini untuk tempoh yang panjang, ia akan menjadi semakin sempit sehingga ia menolak anda ke dalam parit dalam yang dipanggil keangkuhan. Parit keangkuhan menyebabkan anda untuk berfikir bahawa anda telah mencapai status super-Kristian. Kini anda telah diberikan huruf besar K pada dada anda dengan perisai emas di sekelilingnya. Ia akan terus tersembunyi di bawah kemeja kerendahan hati yang palsu, menantikan peluang yang baik untuk membonjol. 



Ini merupakan parit yang bahaya kerana hanya ada seorang hakim bagi semua perkara rohani di sini—anda. Sama ada khutbah pastor atau lirik lagu terbaru yang dinyanyikan oleh kumpulan penyembahan, tiada yang cukup mendalam atau betul bagi anda. Anda ialah orang yang paling cerdas. Anda mengetahui hati Allah. Walau bagaimanapun, jauh di lubuk hati anda, anda menyedari bahawa ia adalah palsu. Anda akan mati. Anda berasa takut. Lebih-lebih lagi, ayat berikut yang serius bermain-main di fikiran anda: 



Kesombongan mengakibatkan kemusnahan, dan keangkuhan mengakibatkan keruntuhan. (Amsal 16:18) 



Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati. (1 Petrus 5:5) 



Soalan Renungan: 



Apakah itu kebenaran diri? Semasa anda tidak menumpukan perhatian pada Kristus, adakah anda cenderung bersikap angkuh? Apakah satu cara untuk menentang keangkuhan sekarang ini?



Kebenaran: 



Orang Kristian tidak diselamatkan oleh pekerjaan mereka, tetapi oleh pekerjaan Kristus. Oleh itu, kita tiada sebab untuk bersikap angkuh. Kita harus berbangga dalam Dia sahaja.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

9 Common Lies Christians Believe: Part 3 Of 3

Allah mungkin tidak sama dengan apa yang anda fikirkan. Mungkin Dia adalah lebih baik. Renungan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa klise yang pernah kita dengar tetapi sebenarnya bohong yang tidak alkitabiah....

More

Kami berterima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://waterbrookmultnomah.com/books/567221/9-common-lies-christians-believe-by-shane-pruitt/

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami