Info Pelan

Kes Untuk Kebangkitan KristusSampel

Case For The Resurrection Of Christ

HARI 3 DARIPADA 4

Menerangkan Kebangkitan kepada Pengkritik 



Salah satu tuduhan yang dikemukakan oleh para pengkritik kebangkitan Kristus ialah 'Sebenarnya, Kristus tidak mati pada kayu salib!' Tuduhan ini dikenali sebagai 'teori Pengsan (Swoon theory)'. Teori ini menegaskan bahawa Yesus cuma pengsan kerana keletihan, kesakitan dan kehilangan darah yang banyak. Tambahan lagi, apabila Dia dimasukkan ke kubur itu, entah bagaimana, Dia dihidupkan semula oleh keadaan kubur itu yang sejuk atau lembap. Sesudah sedar, Dia keluar dan muncul di hadapan murid-Nya, yang sangka tuan mereka telah bangkit daripada kematian!



Bertentangan dengan teori ini, kita perlu sedar bahawa berdasarkan adat Roma, pertanda Roma akan dihukum mati, jika ada banduan yang terlepas daripada tangan mereka. Tambahan lagi, catatan Injil mengesahkan kenyataan bahawa Yesus sudah mati pada salib dan ini telah disahkan oleh askar Roma yang menusuk rusuk Yesus dengan tombak, dan pada ketika itu keluarlah darah dan air. Selepas pengesahan inilah askar tersebut rasa tidak perlu mematahkan kaki-Nya untuk mempercepat kematian-Nya. 



Lagipun, teori pengsan kedengaran boleh dipercayai, sehinggalah anda mempertimbangkan beberapa soalan yang amat penting: A. Mungkinkah Dia hidup selama tiga hari di dalam kubur yang lembap, tanpa makanan, air dan rawatan segera? B. Dapatkah Dia hidup setelah dibalut dengan kain kubur dan ramuan? C. Adakah Dia berdaya untuk membebaskan diri daripada kain kubur? D. Dapatkah Dia menolak batu yang berat daripada mulut kubur itu dan pada masa yang sama mengalahkan tentera Roma? D. Dan sesudah itu, berjalan beberapa batu dengan kaki terpaku? Soalan ini dan banyak lagi merupakan cabaran yang besar terhadap teori ini. 



Sebenarnya, dengan teori ini, pastinya terdapat lebih banyak soalan daripada jawapan berkaitan dengan kebangkitan. Pengkritik Jerman, David Strauss, yang langsung tidak mempercayai kebangkitan telah menulis dalam bukunya, 'The Life of Jesus for the People', "Memanglah mustahil bagi seseorang yang baru keluar dari kubur dalam keadaan separuh mati, yang merangkak dengan lemah dan sakit, yang memerlukan rawatan segera, balutan, kekuatan, dan jagaan, dan yang akhirnya mati akibat penderitaan itu, untuk menggambarkan kepada murid-Nya bahawa Dia telah menewaskan kematian dan kubur; bahawa Dia ialah Raja kehidupan. Ini merupakan asas pelayanan akan datang mereka. Resusitasi seperti itu hanya akan melemahkan gambaran-Nya tentang kehidupan dan kematian kepada mereka-atau sekurang-kurangnya, menyatakannya secara memilukan-tetapi tidak mungkin menukar kesedihan mereka kepada keghairahan atau mengangkat rasa hormat mereka menjadi penyembahan."


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Case For The Resurrection Of Christ

Pelan ini bertujuan membekalkan bukti dan hujah konkrit yang menyokong kebangkitan Kristus. Hujah ini disesuaikan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh golongan pewaham, pengkritik dan pencari. Walau bagaimanapun, say...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Balajied Nongrum, Penceramah & Pelatih dan RZIM India kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://rzimindia.in/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami