Info Pelan

Kes Untuk Kebangkitan KristusSampel

Case For The Resurrection Of Christ

HARI 1 DARIPADA 4

Kebangkitan Kristus - Mengikut Peraturan 



Saya teringat satu cerita, yang diceritakan oleh seorang penginjil yang terkenal, mendiang Prakash Yesudian, tentang perbualannya dengan kawannya yang, selepas mendengar ceramahnya tentang 'Keunikan Kristus', bertanya, "Apa kata kalau saya berkata kepada kamu, 'Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup', adakah kamu akan mula mempercayai saya?" Menjawab soalannya, Yesudian berkata, "Ya, jika kamu telah disalibkan dan tiga hari kemudian, bangkit daripada kematian!" Saya percaya apa yang dikatakan oleh Yesudian ialah membuat dakwaan sahaja tidak semestinya membuktikan itu adalah benar. Dengan kata lain, bagi mana-mana dakwaan untuk menjadi benar, dakwaan itu mesti disokong oleh bukti yang konkrit. Demikian juga, Yesus mendakwa bahawa Dia ialah satu-satunya jalan kepada Allah dan kebangkitan-Nya daripada kematian ialah "bukti" bagi dakwaan itu. (Kis 17:31)



Dewasa ini, banyak orang yang bersifat kritis terhadap dakwaan Yesus Kristus, mengemukakan bantahan bahawa memandangkan kebangkitan itu tidak dapat dibuktikan dari segi 'saintifik' (iaitu, dalam konteks ujian makmal), dakwaan itu mestilah palsu. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka nampaknya sudah lupa bahawa terdapat cabang sains yang lain, seperti 'sains forensik' yang digunakan untuk menyiasat kebenaran peristiwa yang berlaku pada masa lalu (cth., pembunuhan atau pencurian) atau peristiwa yang memiliki kepentingan sejarah. Dalam kes tersebut, bukti [evidence] (sering kalinya dirujuk sebagai 'proofs' ['bukti'] dalam Bahasa Inggeris) yang dikumpul memainkan peranan yang sangat penting untuk mengarahkan penyiasat kepada kebenaran apa yang betul-betul berlaku pada masa lalu. Daripada perspektif legal, semakin banyak bukti, semakin besarnya peluang untuk menyelesaikan kes itu.



Hal yang menarik ialah, Yesus, semasa bercakap tentang misi-Nya berkaitan dengan menyatakan Allah kepada manusia, memang menjemput semua orang yang meragui "kata-kata-Nya", untuk memperhitungkan "kerja-Nya". Dengan kata lain, Dia berkata, "'Percayalah Aku' dengan sekurang-kurangnya menyelidiki 'bukti'." (Yoh 14:11b) Alkitab dipenuhi banyak bukti seperti itu, yang jika diteliti melalui kanta sains forensik, kita akan mendapati bahawa kebenaran kebangkitan Kristus mempunyai asas yang kukuh. Oleh itu, Yesus, sementara membuat dakwaan Dia ialah Mesias, menunjuk kepada kebenaran kebangkitan sebagai bukti yang menuntut keputusan kita, dan berasaskan inilah akhirnya iman Kristian bertahan atau terhapus (1 Kor 15:14).


Hari 2

Perihal Pelan

Case For The Resurrection Of Christ

Pelan ini bertujuan membekalkan bukti dan hujah konkrit yang menyokong kebangkitan Kristus. Hujah ini disesuaikan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh golongan pewaham, pengkritik dan pencari. Walau bagaimanapun, say...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Balajied Nongrum, Penceramah & Pelatih dan RZIM India kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://rzimindia.in/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami