Info Pelan

Kes Untuk Kebangkitan KristusSampel

Case For The Resurrection Of Christ

HARI 2 DARIPADA 4

Bukti Tambahan Berkaitan dengan Kebangkitan 



Semasa menyemak bukti yang menyokong kebangkitan Kristus, satu soalan yang sering diutarakan ialah, "Adakah terdapat bukti atau fakta yang boleh diberikan untuk menjawab soalan sama ada Kristus telah bangkit daripada kematian selain daripada Alkitab?" atau haruskah kita mempertimbangkannya sebagai 'keyakinan melulu' semata-mata? Demi menjawab soalan ini, Paul E. Little mengemukakan tiga bukti sejarah yang penting.



Pertama, kewujudan Gereja Kristian. Asalnya dapat disusul kembali ke Palestin di mana ia bermula pada abad yang pertama (32 TM). Satu soalan relevan yang harus dipertimbangkan pada ketika ini ialah, 'apakah sebab kewujudannya?' Memanglah penting untuk memerhatikan bahawa para murid abad pertama ini merupakan kumpulan pertama yang digelar orang Kristian di Antiokhia (Kis 11:26b) yang menjadikan dunia zaman mereka tunggang-terbalik melalui pengkhabaran mereka (Kis 11:20-21). Kebangkitan bukan sahaja asas pengkhabaran mereka malah asas kehidupan mereka juga. Dengan kata lain, Gereja, dahulu dan sekarang, yang bersifat sejagat, bergantung pada satu dasar sahaja, iaitu, kebangkitan Kristus.



Kedua, kebenaran hari Kristian. Hari Ahad diraikan sebagai hari penyembahan orang Kristian sejak 32 TM. Mengenang kembali abad pertama, perubahan dalam kalendar adalah besar. Sesuatu yang mengakibatkan pergolakan yang besar pastinya telah berlaku sehingga mengakibatkan perubahan hari penyembahan daripada Sabat Yahudi, hari ketujuh dalam seminggu, kepada hari Ahad yang merupakan hari pertama berdasarkan kalendar Yahudi! Ini berlaku untuk meraikan kebangkitan Yesus. Janganlah lupa bahawa orang Kristian pertama asalnya orang Yahudi. Oleh itu, selain daripada kebangkitan Kristus, tiada apa-apa yang lain boleh menerangkan perubahan ini.



Akhirnya, kewujudan Perjanjian Baru, kitab Kristian. Seluruh kitab itu mengandungi kesaksian bebas atau saksi, yang menceritakan kenyataan kebangkitan. Mereka menghadapi dugaan penyeksaan dan hukuman mati kerana kesaksian serta kepercayaan mereka. Selain daripada kebangkitan Kristus, saya tidak tahu sebab lain yang dapat menerangkan komitmen murid tersebut. Batsell Barrett Baxter dalam bukunya, 'I Believe Because…' meringkaskan hujah ini dengan baik, "Mereka perlu mengorbankan segala-galanya kerana menjadi orang Kristian, tiada untung duniawi yang akan diperoleh. Namun, mereka mati demi keyakinan mereka bahawa Yesus ialah Kristus, Anak Allah yang kudus - sudah, mati, dikebumikan dan bangkit."


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Case For The Resurrection Of Christ

Pelan ini bertujuan membekalkan bukti dan hujah konkrit yang menyokong kebangkitan Kristus. Hujah ini disesuaikan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh golongan pewaham, pengkritik dan pencari. Walau bagaimanapun, say...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Balajied Nongrum, Penceramah & Pelatih dan RZIM India kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://rzimindia.in/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami