Info Pelan

Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa BevereSampel

Adamant With Lisa Bevere

HARI 4 DARIPADA 6


Adakah anda ingin menjadi popular . . . ataupun adakah anda ingin menjadi seseorang yang berpengaruh? 


Kepopularan dan pengaruh kelihatan serupa, tetapi kedua-duanya amat berbeza. Kepopularan menghendaki anda untuk mengikut orang ramai atau menyatakan apa yang mereka ingin dengar. Sebaliknya, pengaruh mengundang anda untuk berpegang pada kebenaran membezakan diri daripada orang ramai.


Pada dasarnya, kebenaran bukanlah sesuatu perkara, tetapi seseorang, kerana Yesus mengatakan Dialah kebenaran. Yesus juga mengatakan bahawa Firman Allah ialah kebenaran. Dunia ini suka memikirkan kebenaran sebagai sesuatu yang turun naik dan relatif, tetapi kebenaran yang mempunyai asas dalam Yesus dan Firman Allah tidak pernah berubah. Dalam dunia yang dipenuhi pendapat, kebenaran Allah memimpin kita kepada keyakinan yang boleh menjadi dasar kehidupan kita. 


Kita mesti berhati-hati semasa menanggap perbezaan antara pendapat dan keyakinan. Dunia kita tidak memerlukan kehuru-haraan yang disebabkan oleh pendapat yang banyak sekali. Dunia kita memerlukan kestabilan yang dibawa oleh kebenaran. Janganlah kita menyumbang kepada keriuhan yang mengalihkan perhatian kita dan menghalang kita daripada mengharapkan Alkitab dan Roh Kebenaran.


Pendapat mudah dibentuk dan berubah dengan cepat, tetapi ia sukar dibersihkan sekiranya kita menyebarkan pendapat kita dengan cuai. Ia boleh menjadi seperti sampah yang mengotorkan kehidupan orang lain dan kehidupan kita. Kita mesti menjaga kata-kata kita dengan baik untuk memastikan kita adalah sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah yang kita telah dipilih untuk ubah.


Saya mencabar anda untuk mengedit kehidupan anda dan mengedit kata-kata yang anda pilih untuk ucapkan. Berhati-hati terhadap apa yang anda baca, dengar, ucap, atau hantar. Jangan menyebarkan isu keluarga anda, atau isu gereja, untuk pengetahuan seluruh dunia. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, jangan berdiam diri tentangnya: Berbincang dengan ahli keluarga tentang isu keluarga. Sekiranya seseorang itu tidak terlibat dalam masalah atau penyelesaian itu, janganlah melibatkannya. Ini hanya membesarkan masalah itu daripada menyelesaikannya. 


Bagaimanakah berdiam diri tentang isu yang penting sama dengan tanda setuju? Apakah maksudnya mengedit kata-kata anda supaya anda menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukannya sebahagian daripada masalah itu? 



Tonton video ini dengan sari kata Bahasa Melayu.
Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Adamant With Lisa Bevere

Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://iamadamant.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami