Info Pelan

Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa BevereSampel

Adamant With Lisa Bevere

HARI 3 DARIPADA 6


Ketika kita menerima kasih Allah, perkara yang paling semula jadi dan respons yang perlu adalah memberikan kasih. Kita harus mengasihi tanpa rasa takut, dengan elok, dan tidak henti-henti. Bukti kukuh bahawa seseorang itu mengetahui bahawa dirinya dikasihi adalah ia mengasihi dengan baik. 


Allah tidak memiliki kasih; Dia ialah kasih.
Kasih ialah sifat-Nya. Oleh sebab Allah ialah kasih, anda tidak dapat menghalang-Nya daripada mengasihi anda. Kasih-Nya tidak terkalahkan dan tidak akan berganjak, tidak digoncang oleh pasang surut anda. 


Namun, disebabkan Allah mengasihi semua orang, Dia tidak dapat mengasihi semua perkara. Disebabkan Allah tidak goyah dalam kasih, Dia pastilah tidak goyah dalam kebencian. 


Pertama kali pandang perkara ini kelihatan bercanggahan, disebabkan budaya kita telah memuja kasih. Kita sedar bahawa Allah ialah kasih, tetapi adakah kita telah menjadikan idea kita akan kasih itu allah? 


Hakikatnya, Allah membenci perkara yang melucutkan kasih. Dia membenci perkara yang menghancurkan orang yang dikasihi-Nya. Inilah sebabnya Allah mesti membenci perkara yang memutarbalikkan identiti kita.


Alkitab juga memberitahu kita bahawa Allah membenci: semua perkara yang menjejaskan keadilan dan kebenaran, apabila janda dan anak yatim ditindas, penganiayaan warga tua dan pengabaian keluarga, apa-apa yang memesongkan kebaikan-Nya serta mencemarkan kurnia-Nya, apabila kasih diputarbalikkan menjadi sikap mementingkan diri dan sahabat menjadi musuh, perkara yang mengubah gambaran-Nya dan memutarbalikkan gambaran kita, apabila kejahatan dipanggil baik dan orang yang tidak bersalah dibunuh, dan apabila keangkuhan dan kesombongan menjatuhkan maruah kita. Ringkasnya, Allah membenci segala sesuatu yang merosakkan kasih, kerana segala sesuatu yang mencemarkan kasih mencemarkan kita. 


Kita tidak mungkin memiliki kasih yang sejati jika kita "mengasihi segala sesuatu." Allah tidak goyah dalam kasih dan kebencian, jadi kita mesti belajar mengasihi apa yang dikasihi Allah dan membenci apa yang dibenci-Nya. 


Dari segi apakah budaya kita telah menjadikan idea akan kasih itu allah? Allah mengasihi setiap orang, tetapi Dia tidak mengasihi semua perkara. Apakah rupa kebenaran ini dalam kehidupan anda? 



Tonton video ini dengan sari kata Bahasa Melayu.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Adamant With Lisa Bevere

Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://iamadamant.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami