Info Pelan

Tidak Goyah Bersama Dengan Lisa BevereSampel

Adamant With Lisa Bevere

HARI 2 DARIPADA 6


Tidak seorang pun yang membesar tanpa mengalami kegelapan. Kita mendengar suara di sekitar kita setakat tertentu, yang menghakimi dan yang melabelkan kita. Kebanyakan, meskipun bukan semua, daripada kita juga melabelkan diri—identiti palsu yang kita bersumpah adalah benar. 


Ketika Allah mendekati kita, Dia tidak mengutuk kita, tetapi mendekatkan kita dengan-Nya, supaya kita dapat mendengar suara-Nya mengkhabarkan kebenaran siapa kita ini yang sebenarnya. 


Hakikatnya: Kita bukanlah kegelapan masa lalu kita. Kita tidak didefinisikan oleh kesilapan kita, jantina kita, atau mana-mana perkara luaran. Sebaliknya, kita ialah roh yang dicipta dalam gambaran Allah, dibentuk untuk keintiman dengan Dia yang memberikan hidup kepada kita. 


Kita lupa akan identiti kita apabila kita mengaitkannya dengan perkara yang salah. Itulah sebabnya Allah akan mengikis label pembatasan yang kita dapat sepanjang perjalanan kita. Roh-Nya bekerja dalam hati kita, menanggalkan yang lama dan membongkar apa yang belum kelihatan. 


Mungkin rasa takut dan perasaan tidak yakin pada diri sendiri membuat anda menolak pekerjaan Allah dalam kehidupan anda. Namun, hari ini, Allah berbicara terhadap lingkungan yang anda rasa adalah gersang, dan Dia menawarkan untuk mengubahnya menjadi sebuah taman lagi. 


Walau bagaimanapun, kita perlu rela membenarkan Allah untuk memisahkan cahaya daripada kegelapan dalam kehidupan kita. Allah tidak akan membenarkan sebarang dusta yang telah diucapkan terhadap kehidupan anda untuk kekal. Dia tidak akan membenarkan apa yang anda katakan terhadap diri sendiri itu menjadi kata putus. Sebaliknya, Dia akan mendekati anda supaya Dia dapat mendedahkan sesuatu yang baru dalam anda secara intim, sesuatu yang membawa penyembuhan lengkap terhadap setiap kesakitan anda, membebaskan anda untuk hidup dalam kebenaran tentang diri anda seperti yang dikatakan-Nya. 


Allah sungguh penyayang. Dia akan menyelami teras kesakitan anda untuk menyembuhkan anda, tetapi anda perlu membenarkan-Nya untuk berbuat demikian. Apakah rupa ini dalam kehidupan anda?



Tonton video ini dengan sari kata Bahasa Melayu.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Adamant With Lisa Bevere

Apakah itu kebenaran? Budaya mempercayai bohong bahawa kebenaran adalah sebatang sungai, semakin surut dan mengalir dengan peredaran masa. Walau bagaimanapun, kebenaran bukanlah sebatang sungai—ia ialah seketul batu. Dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://iamadamant.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami