Info Pelan

Breathing Room Sampel

Breathing Room

HARI 5 DARIPADA 5

Saya mengakuinya: Saya selalu berusaha menyenangkan orang lain. (Anda juga?) Namun, saya sedar ada sesuatu yang tidak lengkap tentang itu. Menjadi orang yang selalu berusaha menyenangkan orang lain bermaksud saya mengecewakan orang. Bekerja lewat untuk menyenangkan majikan bermaksud mengecewakan rakan senaman anda dengan tidak pergi ke gim. Menyertai kelab buku untuk menyenangkan sahabat anda bermaksud mengecewakan pasangan anda dengan terlepas makan malam keluarga. Faham? Setiap ya untuk menyenangkan seseorang jugalah tidak yang mungkin mengecewakan seseorang yang lain.


Jika anda adalah seperti saya, anda menerima padah menyenangkan orang lain dengan menyerahkan ruang bernafas anda dan cuba melaksanakan segala sesuatu. Saya akan makan malam di rumah dan pergi ke kelab buku beberapa minit lewat!


Untuk mengakhiri pelan kita tentang ruang bernafas, saya mahu berkongsi satu cerita Perjanjian Lama—terutamanya satu ayat—yang telah mengubah seluruh musim kehidupan saya. Beberapa ratus tahun sebelum Yesus, kota Yerusalem telah ditakluk dan dimusnahkan. Pembinaan semula benteng kota adalah mendesak, dan Nehemia merupakan orang yang mengetuai projek tersebut. Suatu hari, dia menerima satu jemputan, dan responsnya menjadi ayat penentu bagi saya. Nehemia berkata, "Saya sedang menjalankan pekerjaan penting; oleh itu saya tidak dapat datang. Saya tidak mahu pekerjaan ini tergendala hanya untuk menemui tuan."


Pertama kali saya mendengar ayat ini, saya mempunyai tiga orang anak kecil di rumah, saya sedang menyekolahkan anak sulung saya di rumah, dan suami saya sedang menganjurkan gereja. Saya tiada ruang bernafas. Namun, saya mengalami kesukaran menolak jemputan dan peluang.


Apa yang saya temui dalam pernyataan Nehemia adalah kebenaran untuk mengutamakan orang yang paling penting dalam kehidupan saya. Menjadi seorang ibu adalah "pekerjaan penting" saya. Saya tidak dapat "datang" untuk menyertai jawatankuasa atau berceramah di pertemuan wanita. Megatakan ya kepada hal-hal ini bermaksud mengatakan tidak kepada "pekerjaan penting" keluarga saya.


Puan-puan, kita mungkin memberikan diri sendiri, masa kita, wang kita, dan ruang bernafas kita sehingga tiada apa-apa lagi yang tinggal untuk orang yang disayangi. Sebaliknya, marilah kita menuntut kembali ruang bernafas kita dengan memberikan orang yang dikasihi keutamaan kita. Dan kepada segala sesuatu yang lain, kita boleh membalas, "Saya sedang menjalankan pekerjaan penting; oleh itu saya tidak dapat datang."


Jika anda menyukai pelan ini, tontonlah pengajian video dengan 4 bahagian di mana pelan ini telah dipetik dengan memuat turun aplikasi Breathing Room Devotional yang percuma.


Hari 4

Perihal Pelan

Breathing Room

Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh leti...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Sandra Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://breathingroom.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami