Info Pelan

Breathing Room Sampel

Breathing Room

HARI 4 DARIPADA 5

Wang bukan wang sahaja kepada Tuhan. Ia adalah lebih daripada ringgit dan sen serta pinjaman dan belanjawan. Bagi Tuhan, haluan wang anda menunjukkan perasaan hati anda. Cara anda membelanjakan wang (atau seperti yang kita akan lihat hari ini, sama ada anda sanggup tidak membelanjakan semuanya) menunjukkan kepada Tuhan betapa komitednya anda untuk mengikut-Nya. Ini adalah sebabnya mengapa memiliki margin—atau ruang bernafas—bukan sahaja cara terbaik untuk menguruskan kalendar anda, ia adalah cara terbaik untuk menguruskan wang anda juga.



Apakah maksud menguruskan wang anda dengan margin? Ia bermaksud anda tidak menghabiskan setiap ringgit yang diperoleh. Anda meninggalkan sedikit ruang bernafas antara wang yang diperoleh dan wang yang dibelanjakan. Ayat hari ini daripada Lukas menjelaskan sebab mengapa menguruskan wang anda dalam cara ini adalah penting kepada Tuhan. Di akhir perumpamaan yang panjang ini, Yesus memastikan pendengar-Nya memahami hujah yang ditegaskan-Nya dan Dia berkata, "Tidak ada seorang hamba dapat melayani dua orang tuan . . . Demikianlah kamu tidak dapat bekerja untuk Allah dan untuk kekayaan juga.” Dua ribu tahun yang lalu, orang di kalangan pendengar Yesus boleh dijadikan hamba secara harfiah oleh hutang yang tidak dilunaskan. Hari ini, tuan anda mungkinlah syarikat kad kredit atau pemberi pinjaman gadai janji. Namun, hasilnya adalah sama: seseorang yang lain berkuasa dalam kehidupan anda.



Tuhan mungkin menggerakkan anda untuk berpindah ke bandar yang baru, tetapi jika anda adalah terbantut dalam gadai janji anda dan tidak dapat menjual rumah anda, anda tidak bebas untuk mengikut-Nya. Dia mungkin memanggil anda untuk mengambil anak angkat, tetapi jika anda membelanjakan wang dan bukannya menyimpan wang dan tidak dapat menampung kosnya, anda tidak bebas untuk mengikut-Nya. Ataupun, anda mungkin rasa sudah tiba masanya untuk meninggalkan kerja anda, tetapi keluarga anda tidak mampu kehilangan gaji anda kerana anda membelanjakan semua pendapatan anda.



Cara anda menguruskan wang anda adalah penting kepada Tuhan kerana had kredit anda mungkin menghalang anda daripada mengatakan ya kepada apa yang dipanggil-Nya untuk dilaksanakan anda.



Inilah sebabnya mengapa anda memerlukan ruang bernafas kewangan. Menguruskan wang anda dengan margin (iaitu, tidak berhutang, mengawal perbelanjaan anda, mengehadkan taraf hidup anda) memberikan anda kebebasan untuk bersikap murah hati, untuk melayani orang lain, mengatakan ya apabila Dia mengatakan pergilah. Ia memberikan anda kebebasan untuk mengikuti Tuhan untuk mencapai versi kehidupan anda yang terbaik. 


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Breathing Room

Pernahkah anda berasa tidak mampu menikmati apa-apa kerana anda cuba melakukan segala sesuatu? Mengendalikan pelbagai tugas dalam kehidupan anda dengan orang yang disayangi. . .Anda adalah cekap. Namun, anda sungguh leti...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada North Point Ministries dan Sandra Stanley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://breathingroom.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami