Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel

7 Things The Bible Says About Anxiety

HARI 7 DARIPADA 7


Menikmati hidup mungkinlah sukar. Memanglah sukar untuk menikmati hari ini, apa yang kita miliki hari ini, dan memilih orang yang dihabiskan masa bersama-sama hari ini. Kita mempunyai banyak tuntutan terhadap perhatian kita, tuntutan terhadap masa kita, dan tuntutan terhadap tenaga mental kita. Ada kalanya ia berasa seolah-olah kita tidak dapat menumpukan perhatian pada hari ini kerana hari esok sudah merentap kita.


Yesus memberitahu kita untuk melakukan sesuatu yang radikal—Dia memberitahu kita agar jangan khuatiri hari esok. Dia berkata dalam Matius 6:34 bahawa Dia akan melengkapkan kita untuk menghadapi kebimbangan hari ini sahaja—bukan hari esok, minggu depan, atau bulan depan.


Sesetengah hari adalah lebih sukar daripada hari yang lain. Ianya mudah bagi saya untuk tidak rasa bimbang tentang hari esok apabila "hari esok" sepatutnya cuti Sabtu yang santai. Namun, ia menjadi semakin sukar apabila "hari esok" adalah hari untuk mesyuarat besar (atau janji temu dengan doktor gigi!).


Jika kita rasa bimbang tentang hari esok dan apa sahaja yang kita rasa akan berlaku, kita sebenarnya cuba mengawal sesuatu yang terletak di bawah kawalan Tuhan, dan bukannya di bawah kawalan kita. Jika kita berterus-terang, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. Malah, kita tidak tahu apa yang akan berlaku kemudian pada hari ini! Walau bagaimanapun, kita boleh mengenali Dia yang mengawal hari ini. Dan hari esok. Dan selama-lamanya.


Luangkanlah masa pada hari ini untuk berehat dalam kenyataan itu. Nikmati waktu ini, hari ini, mengetahui bahawa hari ini dan hari esok dalam jagaan yang baik-Nya. Biarlah kedamaian-Nya menjadikan “hari ini” bermakna.


Casey Case
Ketua Sokongan YouVersion


Hari 6

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Anxiety

Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitan...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami