Info Pelan

7 Perkara yang Dikatakan Alkitab Tentang KebimbanganSampel

7 Things The Bible Says About Anxiety

HARI 6 DARIPADA 7


Dalam kehidupan ini, anda akan menghadapi masalah. Disebabkan sifat semula jadi kita yang berdosa dan rancangan jahat musuh, masalah boleh berlaku di sekeliling kita. Kita tidak harus berasa terkejut dengan masalah kita; Yesus memberitahu kita dengan jelas bahawa kita akan mengalami masalah di dunia ini. Kenapa Yesus berkata demikian? Disebabkan Dia berterus-terang, dan Dia mengasihi kita. Dengan menyediakan kita lebih awal, Yesus membantu kita untuk mengelakkan keraguan dan ketakutan apabila kita menghadapi kesukaran.


Yesus menunjukkan ketaatan yang rendah hati kepada kita. Dia taat menempuhi masalah yang jauh lebih sukar daripada apa yang kita akan hadapi—termasuk kematian-Nya pada salib. Sekarang, Dia duduk di sebelah kanan Tuhan Bapa, menjadi perantara demi kita. Kita boleh mendapat ketenangan dengan mengetahui kita mempunyai seorang kawan yang bersimpati dengan kelemahan kita.


Kita boleh merayakannya kerana kita mengetahui setiap perjalanan yang sukar mendekatkan kita kepada Kristus dan kerajaan-Nya yang abadi. Inilah harapan kita: Yesus Kristus telah mengalahkan dosa dan kematian untuk selama-lamanya. Kematian tidak mungkin menguasai-Nya, kubur tidak dapat menahan-Nya, kuasa dosa tidak dapat mengalahkan-Nya, dan kegelapan tidak dapat mengatasi-Nya!


Memandangkan kerja yang telah diselesaikan Kristus pada salib membenarkan kita untuk menjadi anak Tuhan, kita boleh mengatasi dosa juga. Yesus telah mengalahkan dunia—dan ia termasuk setiap situasi yang sukar di dunia ini. Sekarang, kita boleh menantikan rumah abadi kita bersama dengan Yesus.


Jacob Allenwood
Pembangun Web YouVersion


Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

7 Things The Bible Says About Anxiety

Setiap hari mempunyai potensi untuk memperkenalkan cabaran baru yang kompleks dalam kehidupan kita. Namun, setiap hari juga mungkin memberkati kita dengan peluang baru yang menarik. Dalam renungan tujuh hari ini, kakitan...

More

Pelan ini ditulis dan disediakan oleh pasukan YouVersion. Layari youversion.com untuk maklumat lanjut.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami