Info Pelan

Kepercayaan, Kesibukan, Dan RehatSampel

Trust, Hustle, And Rest

HARI 2 DARIPADA 4

Kepercayaan


Sepanjang Alkitab, kita diberitahu bahawa Allahlah, bukan kita, yang membuahkan hasil melalui kerja kita. 1 Tawarikh 29:12 menyatakan "Segala harta dan kekayaan berasal daripada-Mu; segala sesuatu Engkau kuasai dengan kekuatan dan kekuasaan-Mu." Ulangan 8:17-18 berbunyi, "Oleh itu, jangan sekali-kali berfikir bahawa kamu menjadi kaya kerana kuasa dan kekuatan kamu sendiri. Ingatlah, bahawa TUHAN, Allah kamu itulah yang menjadikan kamu kaya."


Pada zaman di mana sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan yang berjaya, menulis buku yang laris, atau memulakan audio siar yang popular, memanglah menarik untuk berfikir bahawa kesibukan kitalah yang membuahkan hasil melalui usaha kita. Seperti yang akan dibincangkan esok, Allah memerintah supaya kita bekerja keras dan menggunakan kerja keras kita untuk membuahkan hasil melalui kita. Walau bagaimanapun, apabila kita memulakan mana-mana kerja yang baru, kita mesti memulakannya dengan mengakui kenyataan yang tidak dapat dipertikaikan bahawa pada dasarnya hasil dibuahkan oleh Tuhan.


Dalam Amsal 16, Salomo mengemukakan urutan mempercayai, bekerja keras, dan berehat yang harus menandakan sebarang usaha yang dilaksanakan oleh orang Kristian. Dalam ayat ketiga petikan ini, orang yang paling bijak yang pernah hidup mengarahkan, "Serahkanlah segala usahamu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan berjaya." Maka, sebelum kita bekerja keras, kita harus menyerahkan kerja kita kepada Tuhan. Bagaimana rupa ini secara praktis?


Untuk permulaan, rupanya adalah mengingati ayat seperti yang telah dibaca hari ini, untuk terus mengingatkan kita bahawa Allahlah, bukan kita, yang membuahkan hasil. Kedua, kita menyerahkan kerja kita kepada Tuhan apabila kita mendekati-Nya dalam doa dan semasa kita menyatakan kepercayaan kita terhadap-Nya. Akhirnya, di samping menyatakan kepercayaan kita dalam Allah kepada diri dan kepada Allah, memanglah penting untuk menyatakan kepercayaan ini kepada orang di sekeliling kita. Dalam budaya yang meraikan keupayaan "mencapai kejayaan tanpa bantuan orang lain," orang Kristian dibezakan di dunia ini apabila kita mengakui berterus-terang bahawa Allahlah, bukan kita, yang bertanggungjawab membuahkan hasil melalui kerja kita.


Walau bagaimanapun, seperti yang akan dilihat esok, kepercayaan cumalah sebahagian daripada teka-teki itu. Demi menjadi alat yang berkesan di tangan Pemanggil kita, kita mesti bekerja kuat dalam kerja terpilih kita.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Trust, Hustle, And Rest

Alkitab memerintah kita untuk bekerja keras, tetapi ia juga memberitahu kita bahawa Allahlah—bukan kita—yang membuahkan hasil melalui kerja kita. Seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan empat hari ini, profesional Krist...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/trust/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami