Info Pelan

Kepercayaan, Kesibukan, Dan RehatSampel

Trust, Hustle, And Rest

HARI 1 DARIPADA 4

Kepercayaan, Kesibukan, dan Rehat


"Kesibukan" pastilah salah satu perkataan yang paling popular dalam perniagaan hari ini. Pelabur Shark Tank mendesak para usahawan untuk "bekerja" lebih kuat untuk menjana jualan. Setiap orang kelihatan mengusahakan "kerja sampingan" sementara bekerja dari pukul 9.00 hingga pukul 5.00. Walau bagaimanapun, apakah yang dikatakan Alkitab tentang kesibukan kita? Dari satu segi, Alkitab secara jelasnya meraikan kerja keras. Kolose 3:23 memerintah "Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati." Sementara orang Kristian boleh menyertai perayaan kerja keras budaya, kita mesti juga bergumul dengan kebenaran alkitabiah iaitu Allahlah, bukan kita atau kesibukan kita, yang membuahkan hasil (Ulangan 8:17-18). Sebagai orang Kristian, kita mesti menerima ketegangan antara kerja keras dan mempercayai Allah demi menemukan rehat yang sebenar.


Yosua 6 memberikan kajian kes yang baik tentang menerima ketegangan ini dengan baik. Sementara orang Israel dipimpin oleh Yosua ke Tanah Perjanjian, mereka menemui jalan buntu: kota Yerikho yang nampaknya tidak dapat ditembusi. Seperti yang dicatatkan dalam Yosua 6:2, "TUHAN berfirman kepada Yosua, 'Aku menyerahkan Yerikho dengan rajanya dan semua askarnya yang perkasa kepadamu,'" tetapi daripada memberikan Yosua dan orang Israel kekuatan dan ketangkasan yang luar biasa untuk menewaskan Yerikho atas usaha sendiri, Allah menghendaki mereka untuk menempatkan kepercayaan yang teramat besar pada-Nya. Allah memerintah Yosua untuk memimpin orang Israel untuk berarak mengelilingi Yerikho selama tujuh hari, berakhir dengan teriakan yang kuat pada tembok kota. 


Seperti banyak kali yang lain dalam sejarah, Allah memilih untuk menggunakan "orang yang dianggap bodoh oleh dunia ini, untuk mempermalukan orang yang bijak." Daripada membenarkan Yosua dan orang Israel untuk memenangi pertarungan itu atas kekuatan sendiri, Allah menyediakan rancangan yang memastikan bahawa Dia sahaja yang akan dimuliakan. Sebelum memberikan kemenangan kepada orang Israel, Allah meminta mereka untuk mempercayai bahawa Dia akan memenuhi keperluan mereka. Tanpa teragak-agak, Yosua berbuat demikian. Orang Israel mempercayai rancangan Allah. Kemudian, mereka bekerja keras: berarak, meniup trompet mereka, dan berteriak sehingga tembok Yerikho jatuh. 


Sudah tentu, bukanlah perarakan, teriakan, dan kesibukan orang Israel yang menjatuhkan tembok Yerikho. Allahlah yang menjatuhkannya. Saya rasa itulah yang Allah ingin orang Israel dan kita untuk lihat. Kerja keras kita adalah perkara yang baik! Namun, mempercayai bahawa kesibukan kita adalah perkara yang bertanggungjawab membuahkan hasil dalam kerja kita bagaikan orang Israel yang mempercayai bahawa teriakan merekalah yang menjatuhkan kubu yang tidak dapat ditembusi itu.


Seperti yang ditunjukkan oleh Yosua dan orang Israel kepada kita, kita tidak harus cuba menyelesaikan ketegangan antara kepercayaan dan kesibukan; sebaliknya, kita harus menerimanya. Idea ini tidak bercanggahan, ia dimaksudkan untuk wujud seiring. Walau bagaimanapun, seperti yang dikongsi oleh Salomo dalam Amsal 16, terdapat urutan kepercayaan dan kesibukan yang memuliakan Tuhan dan membawakan rehat yang sebenar kepada kita. Petikan itulah yang akan diteliti sepanjang tiga hari seterusnya.


Kitab

Hari 2

Perihal Pelan

Trust, Hustle, And Rest

Alkitab memerintah kita untuk bekerja keras, tetapi ia juga memberitahu kita bahawa Allahlah—bukan kita—yang membuahkan hasil melalui kerja kita. Seperti yang akan ditunjukkan oleh pelan empat hari ini, profesional Krist...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Jordan Raynor kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.jordanraynor.com/trust/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami