Info Pelan

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang KrismasSampel

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

HARI 3 DARIPADA 5

Menyertai Kita

"Mereka akan menamai Dia Immanuel" yang bererti, Allah menyertai kita dalam bahasa Ibrani. Matius 1:23

Pada suatu pagi Krismas beberapa tahun yang lalu, saya berdiri di sebelah ayah saya di kaki tangga dan melihat kesedihan pada wajahnya. Kesan demensia semakin kelihatan. Dia menyedari bahawa dia tidak akan lagi menaiki tangga tersebut dan memasuki bilik yang dikongsi bersama dengan ibu saya selama ini.

Keluarga kami memasuki musim penantian. Menanti penyakit tersebut merampas suara dan ingatan ayah saya. Menanti saat-saat mata ayah tidak lagi mengenali kami. Menanti pengakhiran yang bakal tiba.

Pada Krismas tahun itu, lagu “O Datanglah Imanuel” (KJ 81) memberi saya harapan. Lagu tersebut menceritakan tentang Israel yang sudah lama menantikan kedatangan Mesias— berfikir jika Dia benar-benar akan datang atau tidak. Walau bagaimanapun, penantian mereka tidak sia-sia. Yesus telah lahir ke dunia ini untuk menyelamatkan kita daripada dosa—kelahiran-Nya menggenapi nubuat yang diberikan pada ratusan tahun sebelumnya: “seorang anak dara akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia akan menamainya Immanuel (yang bererti, Allah menyertai kita),” kata nabi Yesaya (7:14).

Kelahiran Yesus telah mengubah pengakhiran hidup kita. kehadiran-Nya menguatkan kita sementara kita menanti pengakhiran tersebut dan berjalan melaluinya. Tuhan telah menyertai ayah saya ketika dia mendongak ke atas tangga. Suatu hari nanti, Tuhan akan bersama-sama kita selama-lamanya. Dialah akan mengakhiri segala kesakitan sepanjang penantian kita—akhir bagi segala kesudahan hidup kita. Tuhan menyertai kita (Matius 1:23). —KAREN HUANG

Bagaimanakah kebenaran tentang penyertaan Tuhan mengubah musim-musim penantian anda? Walaupun mengetahui bahawa kehidupan penuh dengan pengakhiran, mengapakah anda masih boleh melihat masa depan dengan penuh harapan?

Ya Yesus, terima kasih kerana menjadi Immanuel bagiku.

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

Adakah anda ingin menyambut Krimas dengan sesuatu yang istimewa? Bacalah renungan istimewa Krismas daripada Our Daily Bread selama 5 hari berturut-turut yang bertajuk Malam Kudus. Semoga renungan ini membantu kita menyed...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Asia Pacific kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pedomanharian.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami