Info Pelan

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang KrismasSampel

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

HARI 1 DARIPADA 5

Lahir Raja Mulia

Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal. Yohanes 3:16

Saya tidak merayakan Krismas waktu kecil kerana saya lahir dalam keluarga bukan Kristian. Namun, ketika saya masih muda, saya bersama-sama dengan adik-beradik saya dan beberapa orang kanak-kanak di kawasan kejiranan memutuskan untuk saling bertukar hadiah sempena Krismas. Saya tidak tahu dari mana idea ini datang—mungkin daripada rancangan TV yang kami telah tonton. Kami memasukkan nama kami ke dalam beg, kemudian masing-masing mencabut nama seseorang yang perlu diberikan hadiah. Kami suka dengan tradisi ini!

Kami belum sedar bahawa hadiah yang sempurna sudah diberikan kepada kita 2000 lebih tahun yang lalu oleh Allah Pencipta kita. Charles Wesley telah menyelitkan kebenaran ini dalam lagunya “Gita Sorga Bergema” (KJ 99). Dia menulis tentang Yesus, “Raja Damai yang besar, Surya Hidup yang benar, / Menyembuhkan dunia di naungan sayap-Nya.”

Alkitab memberitahu kita bahawa “Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal” (Yohanes 3:16). Mengapakah Allah memberikan Anak-Nya kepada kita dan apakah makna pemberian ini kepada kita? Seperti yang ditulis oleh Wesley, “Tak memandang diri-Nya, bahkan maut dit’rima-Nya / Lahir untuk memberi hidup baru abadi!”

Ketika mencapai usia remaja, saya telah mendengar tentang Yesus—yang telah lahir untuk memberikan kita “kelahiran kedua”—-dan percaya bahawa Dia ialah Penyelamat saya. Krismas menjadi istimewa bagi saya sekarang kerana saya telah memahami maknanya, iaitu merayakan hadiah Tuhan yang sempurna, Yesus Kristus. Tuhan bukanlah suatu kuasa mistik; Dia ialah Tuhan yang menawarkan kasih-Nya kepada semua bangsa dan kelas sosioekonomi. Inilah Tuhan yang telah menyatakan kasih-Nya kepada saya dengan mati untuk saya. “Lahir Raja mulia!” —POH FANG CHIA

Apakah tradisi Krismas yang anda sambut? Bagaimanakah tradisi tersebut mengingatkan anda tentang kelahiran Yesus?

Ya Tuhan, terima kasih kerana telah menunjukkan kepada kami bahawa mengasihi bermaksud sanggup memberi.

Hari 2

Perihal Pelan

Malam Kudus | 5 Renungan Menjelang Krismas

Adakah anda ingin menyambut Krimas dengan sesuatu yang istimewa? Bacalah renungan istimewa Krismas daripada Our Daily Bread selama 5 hari berturut-turut yang bertajuk Malam Kudus. Semoga renungan ini membantu kita menyed...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Asia Pacific kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pedomanharian.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami