Info Pelan

Menyenangkan Hati AllahSampel

After God's Own Heart

HARI 5 DARIPADA 5

PENGORBANAN YANG SEBENAR


Datuk saya kerap mengatakan: “Jika sesuatu itu berbaloi dilakukan, perkara itu berbaloi dilakukan dengan betul." Kami mungkin membina mainan yang baru, dan saya tidak mengendahkan arahan, cuma membina cepat-cepat supaya dapat dimain segera. Pada ketika itu, datuk saya akan memandang saya dan berkata, "Jika sesuatu itu berbaloi dilakukan, perkara itu berbaloi dilakukan dengan betul." Ketika itu, saya tidak memahami sepenuhnya maksudnya, tetapi dengan peredaran masa, saya menyedari bahawa datuk saya memang betul. Apa-apa yang kita rasa berbaloi dilakukan berkemungkinan sesuatu yang kita akan korbankan masa, usaha, tenaga, wang, dan tumpuan untuk lakukan dengan betul. Sebagai orang percaya, kita mengetahui bahawa salah satu panggilan terbesar kita ialah menyembah Allah dan mengkhabarkan kebesaran-Nya. Bagi kita, penyembahan jelasnya terangkum dalam kategori perkara yang berbaloi dilakukan. Maka, bagaimanakah kita melakukannya dengan betul?


Dalam 2 Samuel 24, kita belajar sesuatu yang penting tentang penyembahan daripada kehidupan Raja Daud. Cerita itu bermula dengan pilihan Daud untuk mengingkari Allah dengan membanci penduduk Israel, yang dilarang khususnya oleh Allah. Dosa Daud memberikan kesan terhadap bangsa Israel, dan Allah memberitahu Daud untuk memilih antara tiga hukuman: kebuluran selama tiga tahun, melarikan diri daripada musuh selama tiga tahun, ataupun diserang wabak selama tiga hari. Daud memilih wabak tiga hari, akibatnya, 70,000 orang Israel mati. Demi menghentikan wabak itu, Daud membina mazbah di tempat mengirik gandum kepunyaan Arauna. Arauna menawarkan tempat mengirik gandum itu secara percuma kepada Daud, tetapi Daud membalas, "Tidak! Beta mahu membelinya. Beta tidak mahu mempersembahkan sesuatu yang beta dapat dengan percuma, kepada TUHAN, Allah beta" (ay. 24). Oleh itu, Daud membeli tempat mengirik gandum itu, membina mazbah, menyembah Tuhan, dan wabak dihindari.


Dalam petikan ini, kita mempelajari kebenaran utama tentang sifat penyembahan: penyembahan memerlukan pengorbanan. Daud menolak tawaran untuk mempersembahkan sesuatu yang diterima secara percuma. Daud menyedari bahawa penyembahannya adalah penting, dan ia mengetahui bahawa Allah patut menerima persembahan terbaiknya. Sebagai orang percaya, nilai yang kita tempatkan pada penyembahan akan sentiasa ditentukan oleh apa yang kita rela korbankan.


Oleh itu, apakah maksudnya bagi kita? Ini mungkinlah peringatan bahawa Allah patut menerima hal terbaik yang kita miliki. Ini mungkinlah peluang untuk merenungkan cara kita boleh memuliakan Tuhan dengan lebih baik melalui masa kita, wang kita, tenaga kita, dan pujian kita. Minggu ini, marilah kita mencari cara untuk menyembah Tuhan dengan penuh pengorbanan, memberikan Dia persembahan kita yang terbaik.


TANYA DIRI: Apakah cara berbeza anda boleh menyembah Allah? Bagaimanakah anda boleh menyembah dengan penuh pengorbanan pada minggu ini?


Hari 4

Perihal Pelan

After God's Own Heart

Raja Daud digambarkan dalam Perjanjian Baru sebagai seorang yang menyenangkan hati Allah, maksudnya Daud menjajarkan hatinya dengan hati Allah. Semasa kita menyelidiki kehidupan Daud, matlamat siri ini ialah menganalisis...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Grace Bible Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.grace-bible.org/college

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami