Info Pelan

Menyenangkan Hati AllahSampel

After God's Own Heart

HARI 4 DARIPADA 5

DOSA DAN PERTAUBATAN


Semasa saya mula belajar memandu, ibu saya meminta saya untuk mengundurkan keretanya dari garaj sebelum kami pergi membuat kerja suruhan. Saya mengambil kuncinya dan mula mengundurkan kereta, tetapi dalam proses itu, saya mencalar bampar depan pada dinding. Saya fikir ibu akan marah, jadi saya segera memikirkan cara untuk menyembunyikan apa yang telah berlaku. Mujurlah, saya menarik nafas panjang, dan memberitahu ibu apa yang telah berlaku. Syukurlah ibu terus memaafkan saya! Saya masih perlu membaiki kereta itu, tetapi semua ketakutan dan kerisauan saya hilang apabila saya membuat keputusan untuk mengakui kesalahan saya.


Inilah kebenaran yang tidak dapat dielakkan: kita semua ialah orang yang berdosa. Sekali sekala, setiap seorang daripada kita pasti akan melakukan sesuatu yang tidak harus dilakukan. Berkemungkinan besar, setiap seorang juga pernah mengalami waktu keputusan perlu dibuat selepas berdosa. Kita dengan takut menanya diri, "Haruskah saya mengakui apa yang telah saya lakukan, ataupun haruskah saya menyembunyikannya?" Jauh di lubuk hati kita, kita berharap dosa kita kekal tersembunyi, tetapi itu tidak berlaku.


Dalam 2 Samuel 11-12, Daud belajar dengan cara yang susah. Kitaran dosanya bermula dengan keputusannya untuk tidak menyertai tenteranya untuk berperang. Sebaliknya, Daud tinggal di Yerusalem dan berlaku curang dengan Batsyeba, isteri askar setianya Uria. Apabila Daud mendapati Batsyeba hamil, ia berusaha sedaya-upaya untuk menyembunyikannya, akhirnya membunuh Uria di medan perang. Daud mungkin berfikir bahawa ia berjaya menyembunyikan dosanya, tetapi tiada hal yang tersembunyi daripada Allah. Allah mengutus Natan untuk menghadap Daud tentang apa yang telah berlaku, dan akhirnya Daud mengakui kesalahannya. Walaupun ia masih perlu menghadapi akibat tindakannya, ia menyedari pekerjaan Allah dan memutuskan untuk memuji serta menyembah Dia.


Memanglah mudah untuk memandang dosa Daud dan berfikir, "Sekurang-kurangnya saya tidak melakukan sesuatu seteruk itu." Namun, kita tahu bahawa semua dosa membinasakan, walau betapa besar atau kecil pun. Kita berharap dosa kita akan tetap tersembunyi, tetapi tiada apa-apa yang kita lakukan, katakan, atau fikirkan itu tersembunyi daripada Allah. Walau bagaimanapun, meskipun kenyataan bahawa Dia mengetahui segala kesalahan kita, Allah masih ingin mengampunkan kita. Apabila kita berdosa, kita mempunyai dua pilihan: menyembunyikannya dan membiarkan rasa malu dan rasa bersalah kita untuk menghantui kita sehingga perkara itu didedahkan, ataupun mengakuinya kepada Allah, yang mengetahui segala sesuatu yang telah kita lakukan dan sudah mengampunkan kita. Saya tertanya-tanya betapa besarnya sukacita dan kebebasan yang akan kita alami, meskipun pada hari ini, jika kita memilih untuk berjalan dalam terang.


TANYA DIRI: Apakah yang anda sembunyikan yang membebani anda? Betapa bebasnya anda jika anda memberitahu seseorang? Sudahkah anda berdoa dan mengakuinya kepada Allah? Siapakah dalam hidup anda yang boleh mendengar pengakuan anda secara tetap dan berjalan dalam terang bersama-sama?


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

After God's Own Heart

Raja Daud digambarkan dalam Perjanjian Baru sebagai seorang yang menyenangkan hati Allah, maksudnya Daud menjajarkan hatinya dengan hati Allah. Semasa kita menyelidiki kehidupan Daud, matlamat siri ini ialah menganalisis...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Grace Bible Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.grace-bible.org/college

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami