Info Pelan

SATU PERKARASampel

ONE THING

HARI 7 DARIPADA 7

Sepanjang minggu lalu, kita telah membincangkan maksudnya mencari SATU PERKARA. Kita hidup dalam dunia yang menyeleweng, gila, bising. Memanglah penting untuk menumpukan perhatian pada SATU PERKARA sahaja. Sesuatu yang lebih penting daripada segala sesuatu yang lain yang menjadi tujuan kehidupan kita.


SATU PERKARA itu ialah hubungan kita dengan Yesus Kristus.


Kita telah melihat 5 kunci menemui SATU PERKARA itu:


- MEMOHON


- MEMINTA


- TINGGAL


- MENYAKSIKAN


- MEMINTA BIMBINGAN


Izinkan saya untuk menggalakkan anda sementara kita mengakhiri renungan ini. Jadikan ayat ini seruan hati anda. Bacalah beberapa terjemahan yang berbeza. Hafal. Petiknya selalu.


Kerana hidup anda akan berubah melalui doa ini.


'Aku telah MEMOHON SATU PERKARA kepada TUHAN;


hanya satu sahaja yang aku MINTA;


untuk TINGGAL di dalam Rumah TUHAN


sepanjang hidupku,


untuk MENYAKSIKAN segala kebaikan-Nya,


dan MEMINTA BIMBINGAN-Nya.'


(Tonton seluruh siri pengajaran ini di laman web kami, www.harvestchurch.org.au/onething)


Hari 6

Perihal Pelan

ONE THING

Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harvest Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.harvestchurch.org.au/onething

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami