Info Pelan

SATU PERKARASampel

ONE THING

HARI 4 DARIPADA 7

Semasa kita meneruskan pencarian SATU PERKARA itu, kita memandang perkara yang menolong kita untuk menumpukan tumpuan pada satu fokus tunggal.


Komponen seterusnya dalam Mazmur 27:4 ialah perkataan TINGGAL.


Untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku.


Tinggal dalam hadirat-Nya merupakan satu alat yang bernilai, tetapi sering kali adakah kita meluangkan masa untuk tinggal tetap di dalam Dia?


Perkataan tinggal mempunyai beberapa maksud yang tersendiri. Pertama, tinggal secara harfiahnya bermaksud duduk. Maknanya berhenti melakukan apa yang sedang dilakukan, semua kegiatan, dan duduk untuk menenangkan diri.


Perkataan ini juga membawa makna tetap tinggal, bukan diam sejenak dan berhenti sahaja. Saya suka cerita Yosua dalam Keluaran 33:11, apabila Tuhan berfirman kepada Musa dalam khemah, dan meskipun selepas Musa meninggalkan tempat itu untuk kembali ke perkhemahan, Yosua tidak meninggalkan khemah itu. Yosua tetap tinggal di sana.


Tinggal juga bermaksud menunggu, berehat, dan menetap, menjadikan tempat itu kediaman anda. Mazmur 27:4 menyatakan 'untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN...'


Keinginan raja Daud ialah menjadikan rumah Tuhan rumahnya.


Apakah keinginan kita? Adakah keinginan kita tetap bersatu dengan Kristus?


Sebagai orang percaya, kita masih memiliki pilihan tentang keutamaan hidup kita. Namun, kebenarannya tetap sama: semakin kita menjadikan Allah, rumah-Nya, dan Firman-Nya keutamaan, semakin kurang peluang iblis dan dosa dapat berkuat kuasa.


Charles Spurgeon berkata, 'Kita tidak mengetahui ubat untuk kasih terhadap kejatahan dalam orang Kristian seperti interaksi yang amat banyak dengan Tuhan Yesus. Tinggallah dalam Dia, dan mustahil anda dapat bertenang dengan dosa.'


‌ Mulalah hari ini untuk mengutamakan masa anda dengan Dia supaya anda dapat tinggal dalam hadirat-Nya.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

ONE THING

Kita akan membongkar maksudnya hidup demi Yesus dalam dunia yang menyeleweng. Dunia ini berlari seratus batu sejam, dan kita memiliki lebih banyak maklumat daripada yang dapat kita kendalikan. Adakah ini ciri dunia moden...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harvest Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.harvestchurch.org.au/onething

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami