Info Pelan

Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 8 DARIPADA 30

Ketagihan paling sihat saya bermula semasa kecil bila saya menghabiskan masa dengan ayah saya pada awal pagi sebelum waktu subuh. Saya akan menuruni tangga sementara semua orang masih tidur. Ayah saya akan duduk di dapur dengan secawan kopi panas dengan susu yang banyak. Terbuka di depan ayah duniawi saya ialah Alkitabnya.



Apabila saya mengerekot di sisi ayah dengan rambut kusut serta baju tidur saya yang berkedut, ia akan bercakap tentang Alkitab kepada saya.



Ia akan menceritakan kisah Daud … dan Abraham … dan Nuh … dan Ester. Ia akan memetik Mazmur kegemarannya.



Ayah saya akan memberitahu saya tentang perjalanan misi Paulus dan tentang keberanian Petrus.



Apabila ahli keluarga lain mula bangun, saya akan beredar dengan senyap dan bersiap sedia untuk hari itu. Walau bagaimanapun, suatu keperluan telah dipenuhi … saya sudah menghabiskan masa bersama dengan ayah saya dan Bapa saya dalam Firman Allah. Saya rasa seperti anak perempuan kecil yang terkaya di dunia ini.



Meskipun hampir setengah abad telah berlalu sejak saya tinggal serumah dengan ayah saya, saya masih tidak dapat memulakan hari tanpa masa berharga yang dihabiskan dengan Firman Allah.



Ada kekosongan dalam diri saya yang hanya dapat dipenuhi oleh kuasa yang ditemui dalam Alkitab.



Saya rasa saya menipu diri, dan dunia saya, apabila saya tidak menghabiskan masa untuk membaca Mazmur atau Kitab Yohanes atau salah satu daripada Surat-surat Paulus.



Ketagihan saya terhadap Alkitab menjadikan semua ketagihan duniawi yang lain kelihatan murah dan mengganggu. Pagi yang saya habiskan dengan membuka Alkitab ialah hari yang paling memuaskan hati dalam hidup saya.



Saya mendekati-Nya dalam keadaan saya yang seadanya … mengantuk, berkedut, dan kusut. Dia memandang saya dengan penuh kasih dan memanggil saya pergi daripada kenikmatan sementara di bumi ini. Dia mengetahui saya akan menemui penggenapan, tujuan, dan rehat semasa saya memilih Dia dan segala sesuatu tentang-Nya.



Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Apakah ayat Alkitab kegemaran anda?
Hari 7Hari 9

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami