Info Pelan

Sukacita untuk Semua MusimSampel

Joy For All Seasons

HARI 30 DARIPADA 30

Apabila orang lain hanya melihat raksasa dan kekalahan … Yosua dan Kaleb telah memilih untuk menetapkan pandangan mereka pada kekuatan dan kuasa Allah mereka.



Apabila orang lain tidak menghiraukan suara Allah … Yosua dan Kaleb mendengar suara Allah.



Apabila orang lain cabut lari ketakutan … Yosua dan Kaleb mengikuti Tuhan dengan sepenuh hati.



Kini, Kaleb ialah orang tua dan perlu membuat satu pilihan lagi.



Adakah ia akan berehat dengan kaki terampu dan membiarkan Yosua memimpin umat Allah untuk kemenangan yang lebih besar?



"Ketika Musa, hamba TUHAN, mengutus saya dari Kades-Barnea untuk mengintip negeri ini, saya berumur empat puluh tahun. Saya kembali kepadanya dengan membawa laporan yang benar, sedangkan orang lain yang mengintip bersama-sama saya menakut-nakutkan umat Israel.



Tetapi saya taat kepada TUHAN, Allah saya.



Oleh sebab itu, Musa berjanji bahawa saya dan anak-anak saya pasti akan mendapat tanah yang telah saya pijak itu sebagai milik kami.



Sekarang empat puluh lima tahun sudah berlalu sejak TUHAN berfirman kepada Musa tentang hal itu. Pada masa itu umat Israel mengembara di gurun. Sejak itu TUHAN telah menjaga saya supaya saya tetap hidup, menurut janji-Nya.



Lihatlah! Sekarang saya sudah berumur lapan puluh lima tahun dan masih sekuat dahulu, ketika Musa mengutus saya. Saya masih kuat untuk berperang atau melakukan apa-apa saja.



Oleh itu, berikanlah kawasan perbukitan itu kepada saya, tanah yang dijanjikan TUHAN kepada saya pada hari saya dan orang yang bersama-sama saya memberikan laporan.” (Yosua 14:7-12a)



Pada hari jadi Kaleb yang ke-85, ia meminta Allah untuk satu gunung lagi!



Kaleb menyatakan bahawa kekuatannya tidak berkurang dan bahawa ia memiliki keberanian untuk lebih banyak peperangan dan lebih banyak gunung lagi.



Seorang lelaki … atau seorang perempuan … apabila dipenuhi kuasa Allah … boleh memenangi pertempuran yang tidak terhingga!



Apakah gunung yang telah ditugaskan kepada anda?



Saya tahu doa akan dijawab dan bahawa suara Allah akan kedengaran … kerana anda dan saya telah menerima panggilan Yosua dan Kaleb pada waktu kami dalam sejarah.



Fikiran Gembira untuk Dipertimbangkan: Ibrani 11 ialah "Balai Kemasyhuran" orang yang beriman. Jika Roh Kudus menulis tentang hidup anda, apakah yang akan dikatakan oleh-Nya?



Aplikasi Praktikal:



Hari ini, bolehkah anda menghantar e-mel kepada saya di carol@carolmcleodministries.com? Beritahu saya bagaimana pengajaran ini telah membantu anda dan bagaimana saya boleh berdoa untuk anda! Saya berharap akan mendapat jawapan daripada anda!
Hari 29

Perihal Pelan

Joy For All Seasons

Pernahkah anda tertanya-tanya, "Adakah seseorang itu boleh mengalami sukacita dalam semua musim kehidupan?" Carol McLeod mempercayai bahawa Allah mempunyai sukacita yang besar untuk anda yang dapat dicapai oleh anda. Dal...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carol McLeod dan Just Joy Ministries kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.carolmcleodministries.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami