Info Pelan

Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru AndaSampel

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

HARI 5 DARIPADA 5

HARI 5 – KEMATIAN IMPIAN


Melek Sert hamil lima bulan ketika ia dimasukkan ke hospital kerana kesakitan dan pendarahan yang teruk. Pendarahannya berhenti dan ia dibenarkan keluar dan pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, keesokan harinya ia dan suaminya Hasan kembali ke hospital dengan aduan yang sama.


Ia diperiksa secara tetap kerana risiko keguguran. Akhirnya, ia melahirkan anaknya pramasa dan doktor memberitahunya anak lelakinya lahir mati. Sijil kematian dikeluarkan dan beg pengebumian kecil disediakan oleh Seyhan State Hospital di Turki.


Hasan membawa bayi itu ke Herekli Neighborhood Cemetery untuk mengebumikannya. Semasa Hasan memandu ke tanah perkuburan itu, ia mendengar tangisan bayi. Ia menghentikan kereta dan membuka zip beg itu. Ia menanggalkan jaketnya, membalut bayi itu, dan memasangkan pemanas kereta kepada suhu yang tertinggi.


Ambulans sampai dan membawa bayi itu ke Adana City Research Hospital dan merawatnya di unit rawatan rapi. Bayi itu berada dalam keadaan genting dengan tekanan darah yang rendah. Namun, Melek melihat bayinya hidup! Tangan dan kakinya bergerak, jantungnya berdegap-degap.


Pasangan itu terkejut. Bayi mereka dilahirkan pramasa tetapi hidup bukan mati. Putus harapan mereka bertukar kepada sukacita yang amat sangat. Anak mereka hidup dan sekarang mereka berdoa agar keadaannya bertambah baik: untuk pertumbuhannya dan kesihatan yang baik.


Lukas 15:24 menyatakan, “Anakku ini sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dia sesat, tetapi sekarang ditemui semula. Lalu perjamuan itu dimulakan." Dalam cerita Anak yang Sesat ini, ia tidak betul-betul mati, tetapi seolah-olah mati kerana ia telah meninggalkan rumahnya. Apabila ia pulang, bapanya amat gembira kerana anaknya yang sudah "mati" sudah pulang.


Hasan dan Melek fikir anak lelaki mereka sudah mati, bapa itu fikir anaknya yang sesat sudah mati dan hilang selama-lamanya. Kita boleh mengalami kematian impian dan itu rasa sebenar seperti kematian.


Apabila kita berhasrat untuk suatu impian, mendoakannya, dan berusaha mencapainya dan itu tidak berhasil, pengalaman itu rasa seperti kematian. Kita berasa terkejut, sakit, dan sedih. Segala-galanya nampaknya musnah. Hidup kita seolah-olah tidak bertujuan atau tidak bermakna.


Namun, Allah mempunyai cara untuk memulihkan perkara yang hilang, membangkitkan apa yang telah mati. Kita mungkin bersedia untuk menguburkan impian itu apabila Allah bergerak dalam cara yang tidak dapat dipersoalkan. Impian anda belum mati – impian anda hidup belaka.


Hari 4

Perihal Pelan

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda....

More

Kami berterima kasih kepada The Fedd Agency kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.rickmcdaniel.com/thisisliving.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami