Info Pelan

Tahun Penerobosan Anda: Inspirasi 5 Hari untuk Memulakan Tahun Baru AndaSampel

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

HARI 1 DARIPADA 5

HARI 1 – PENEROBOSAN


Saya telah mengasaskan sebuah gereja dan tugas ini bukanlah untuk pengecut. Kami berpindah ke negeri yang baru dan memulakan gereja dengan berhimpun bersama dengan sepuluh keluarga di tingkat bawah tanah. Kami menulis alamat pada lebih daripada 4000 sampul surat untuk menjemput orang ke kebaktian pertama kami.


Beberapa tahun kemudian, saya menjadi penceramah pertama di Church Planting Boot Camps. Ceramah saya yang memberikan ilham bertajuk “The Few, The Proud, The Church Planters.” Mereka merupakan pasukan tentera khas Allah. Menakluk tanah musuh tidaklah senang tetapi perlu demi kemajuan Kerajaan.


Terdapat banyak cabaran di peringkat awal penubuhan gereja itu tetapi jika Allah memberkati anda dengan pertumbuhan, pasti adanya cabaran baru. Isu kemudahan sentiasalah ketara. Kami tidak menyewa selama-lamanya dalam komuniti kami, dan selepas beberapa lama memiliki bangunan sendiri menjadi suatu keperluan.


Kami mengumpul wang untuk membeli harta tanah dan mula mencari lokasi yang sesuai. Itu merupakan proses yang panjang dan memenatkan. Kami melihat 25 tapak yang berbeza dan memutuskan bahawa tiada yang sesuai untuk gereja kami.


Kami memerlukan penerobosan - sesuatu yang luar biasa perlu berlaku supaya kami boleh mendapat harta tanah yang sempurna. Dalam dunia gereja, hal yang penting bukanlah lokasi, lokasi, lokasi tetapi ketersampaian, ketersampaian, ketersampaian.


Pada satu hari, seorang lelaki di gereja yang merupakan seorang ejen harta tanah memberitahu saya bahawa ia boleh membuat janji temu dengan presiden pemaju harta tanah yang terbesar di kawasan kami. Semasa pertemuan itu, saya bertanya tentang sebuah harta tanah yang dimiliki oleh pemaju itu. Itu ialah tapak yang sentiasa saya inginkan.


Harta tanah itu terletak di jalan empat lorong yang merupakan jalan keluar antara negeri. Buka depannya seluas 1000 kaki dan bertentang dengan pemaju perumahan yang terbesar di kawasan itu. Sungguh menakjubkan, ia memberitahu saya bahawa harganya ialah $348,000 untuk tapak yang bernilai lebih daripada $1,000,000!


Kami menerima penerobosan kami dan itu mengubah gereja kami selama-lamanya. Pada tahun pertama selepas kemudahan itu dibina, bilangan kami hampir berganda. 1 Tawarikh 14:11 memberitahu kita, “Daud berkata, 'Sebagaimana air yang menerobos, Allah telah menerobos musuhku dengan perantaraanku.' Itulah sebabnya tempat itu dinamai Baal-Perasim (Tuhan Penerobos).”


Allah boleh memberikan anda penerobosan juga. Apabila itu berlaku, penerobosan itu bagaikan banjir berkat yang menakjubkan. Anda mesti mencari Allah dengan sungguh-sungguh untuk penerobosan itu... dan berulang kali, ini akan memakan masa yang lebih panjang daripada yang anda harapkan. Walau bagaimanapun, Allah akan melakukannya, penerobosan akan datang dan hidup anda tidaklah sama lagi.


Hari 2

Perihal Pelan

Your Breakthrough Year: 5 Days of Inspiration to Kickstart Your New Year

Tahun baru ini boleh menjadi tahun penerobosan anda. Penerobosan anda terletak di sebelah sana halangan yang dihadapi tahun lepas. Tahun ini boleh menjadi tahun anda mencapai penerobosan yang diperlukan dalam hidup anda....

More

Kami berterima kasih kepada The Fedd Agency kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.rickmcdaniel.com/thisisliving.html

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami