Info Pelan

Kebijaksanaan untuk Kesihatan MentalSampel

Wisdom for Mental Health

HARI 5 DARIPADA 5

Rumah Api 5: Memberhentikan


Kita boleh terjerat dalam kepala kita, terperangkap dalam kitaran fikiran gelisah dan ketakutan. Waktu tersebut membuat kita putus asa, tetapi selalu ada jalan keluar. Hari ini, marilah kita membongkar bagaimana menemui ketenangan semasa kita hanyut dalam fikiran yang negatif.


Dalam beberapa segi, otak kita sama seperti bahagian tubuh kita yang lain. Apa yang kita berikan kepada otak kita adalah penting. Sementara makanan yang kita makan mempengaruhi kesihatan mental kita, maklumat yang kita masukkan ke otak kita sama penting.


Tanyalah diri: Apakah yang anda berikan kepada otak anda?


Lukas 6:45 memberitahu kita bahawa pertuturan dan perbuatan kita akan mencerminkan fikiran kita. Sementara kita tidak selalu dapat mengawal fikiran kita, kita dapat memilih apa yang dimasukkan ke fikiran kita.


Anda sudah mengetahui semua hal tentang kehidupan dan dalam talian yang menambahkan ketakutan, perbandingan, kenegatifan, dan rasa putus asa. Menghabiskan terlalu banyak masa pada hal tersebut akan mempengaruhi kesihatan mental anda. Oleh itu, memanglah berguna untuk memberhentikannya.


Perbuatan memberhentikan mungkinlah meninggalkan peranti anda dan menghabiskan masa di luar. Ia mungkinlah merenungkan Alkitab atau mendengar lagu yang dipenuhi harapan. Anda boleh memilih untuk memanggil kawan anda semasa anda rasa terperangkap dalam lingkaran kerisauan dan keraguan.


Memberhentikannya tidak bermaksud hidup dalam penyangkalan. Anda tidak mengetepikan masalah anda atau berpura-pura bahawa ia tidak mempengaruhi hidup anda. Sebaliknya, memberhentikannya ialah pilihan sengaja untuk berhenti sejenak, bernafas, dan berfikir.


Rumah Api Semasa Ribut


Cabaran kesihatan mental mungkin rasa seperti ribut. Namun, dengan kebijaksanaan daripada Alkitab, kita boleh membina beberapa rumah api untuk memberikan harapan. Belas kasihan, kawan, doa, Alkitab, dan memberhentikan tidak menghilangkan keadaan anda, tetapi ia boleh menggalakkan anda dan menunjukkan arah semasa anda bergerak ke arah ketenangan.


Doa: Allah, Engkau memelihara hidup saya dalam tangan-Mu. Saya mempercayai-Mu, dan saya sedar bahawa Engkau mengasihi saya. Tolonglah saya untuk menemui kelegaan, memisahkan diri daripada kehidupan ini, dan berhubung semula dengan-Mu. Terima kasih kerana Engkau menyokong saya. Pimpinlah saya ke arah langkah seterusnya yang sihat. Dalam nama Yesus, amin.


Cabaran: Sepanjang lima hari yang lepas, kita telah mengkaji kebijaksanaan untuk kesihatan mental daripada Alkitab. Jika anda berasa sedih, atau mengenali seseorang yang sedang bergelut dengan cabaran kesihatan mental, panduan ini mungkinlah langkah seterusnya yang berguna.


Hari 4

Perihal Pelan

Wisdom for Mental Health

Jika anda terharu dengan kesihatan mental anda, anda tidak bersendirian. Cabaran kesihatan mental boleh menimbulkan huru-hara. Anda mungkin rasa tidak apa sekarang ini, tetapi mungkin berasa bimbang, murung, atau kelesua...

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami