Info Pelan

Kebijaksanaan untuk Kesihatan MentalSampel

Wisdom for Mental Health

HARI 4 DARIPADA 5

Rumah Api 4: Membaca Alkitab


Berpaut pada harapan mungkinlah susah, terutamanya semasa menghadapi cabaran kesihatan mental. Kehidupan mungkin huru-hara, dan mungkinlah susah untuk bergerak maju. Mungkin anda tidak dapat mengelakkan bicara diri yang negatif, dan anda rasa diri anda tenggelam dalam rasa putus asa.


Bagaimanakah anda mendiamkan fikiran negatif anda dan menggantikannya dengan keyakinan yang memberikan hidup? Salah satu cara yang terbaik ialah terus lakukan apa yang telah anda lakukan dengan baik beberapa hari kebelakangan ini—membaca Alkitab dengan tetap.


Alkitab memberikan kita asas kebenaran. Itu selalu penting, tetapi lebih-lebih lagi semasa kita menghadapi cabaran kesihatan mental, yang membuat kita mudah mempercayai kejadian paling buruk. Tanpa dasar kebenaran, kita mungkin meyakinkan diri bahawa kita tidak mungkin menjadi sihat, ataupun tiada orang yang akan mengenali diri kita yang sebenarnya. Semasa fikiran kita menjadi kusut, kadang-kadang kita hanya perlu berpaut pada sesuatu yang kukuh dan benar. Marilah berpaut pada kebenaran dan melepaskan dusta.


Hari ini, kita membaca beberapa ayat tentang Allah dan kasih-Nya terhadap kita. Biarlah ayat ini menyelubungi anda sekali lagi, mendiamkan bicara diri yang tidak sihat dalam fikiran anda. Anda boleh menghafal salah satu ayat itu, supaya anda boleh mengulangnya kepada diri bila-bila anda berasa bersendirian atau tidak berharapan.


Pertimbangkan:


TUHAN pengasih dan penyayang, panjang sabar, dan penuh dengan kasih. Mazmur 103:8 BM

Ayat ini mengingatkan kita tentang kasih Allah terhadap kita. Dia menyertai kita pada hari yang sihat dan hari yang dipenuhi halangan. Walau apa pun, Dia hadir, dan Dia mengambil berat terhadap anda. Allah akan membantu anda sepanjang perjalanan kesihatan mental anda dengan kasih kurnia-Nya.


Fikiran kita tidak selalu berasaskan kebenaran. Walau bagaimanapun, Alkitab mengandungi kebenaran yang boleh dijadikan pautan kita. Allah menyertai kita walau apa pun yang berlaku.


Doa: Allah, terima kasih kerana Engkau memberikan saya kekuatan melalui Alkitab. Tolonglah saya untuk mengingati firman-Mu setiap hari supaya saya boleh mendiamkan fikiran yang negatif. Dalam nama Yesus, amin.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Wisdom for Mental Health

Jika anda terharu dengan kesihatan mental anda, anda tidak bersendirian. Cabaran kesihatan mental boleh menimbulkan huru-hara. Anda mungkin rasa tidak apa sekarang ini, tetapi mungkin berasa bimbang, murung, atau kelesua...

More

Kami berterima kasih kepada Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.life.church/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami