Info Pelan

Allah, Bagaimana Dengan Saya?Sampel

God, What About Me?

HARI 4 DARIPADA 5

Adakah Doa Saya Berhasil? 


Pernahkah anda berhadapan dengan sesuatu dan respons anda ialah, "INI bukanlah tujuan saya berpuasa!" Anda berpuasa dan berdoa, berseru dan selepas semua itu, hasilnya bertentangan dengan doa anda. Pengalaman seperti ini boleh membuat kita mempersoalkan jika kita harus berhenti berdoa dan bergantung pada perkara lain atau ia boleh membuat kita untuk mengucapkan doa yang "selamat" sahaja, yang tidak meningkatkan iman kita. 



Sebenarnya, Allah tidak memerlukan kita untuk melindungi reputasi-Nya dengan meminta perkara yang dianggap selamat atau senang sahaja. Dengan penetapan minda ini, kita mengehadkan keupayaan Allah untuk melakukan perkara yang mustahil dan tidak mengkhabarkan kemuliaan-Nya dan kuasa-Nya kepada dunia ini. Allah telah menunjukkan kepada saya bahawa semasa saya berdoa untuk keperluan saya, walau betapa besar atau kecil pun perkara itu, saya mempercayai bahawa Dia ialah Allah yang berupaya dan rela. Saya juga menyediakan hati saya untuk memberikan kesyukuran yang wajar diterima-Nya. Allah juga mengingatkan saya, tidak berapa lama dahulu, untuk berhati-hati tentang ketakutan saya akan kekecewaan semasa berdoa. Allah menunjukkan kepada saya bahawa ini mungkin menjadi halangan langsung terhadap doa saya. Allah akan membalas, dan jika Dia tidak membalas dalam cara yang diharapkan oleh saya, saya tahu bahawa Dia akan dimuliakan seperti yang dinyatakan-Nya dalam firman-Nya. 



Kita tidak seharusnya sentiasa membenarkan emosi kita untuk memimpin kita dalam doa. Emosi kita boleh membuat kita mendoakan kemusnahan secara automatik terhadap sesiapa saja yang merupakan "dalang" situasi kita. Walau bagaimanapun, semasa kita cuba memahami situasi kita daripada Allah, kita akan mendapat tahu jika ia akibat perancangan terperinci musuh atau Bapa yang maha mengetahui.



Contohnya, Yesus Kristus di taman Getsemani: semasa Dia berdoa, Dia tidak berdoa menentang orang Farisi, atau Yudas yang nampaknya ialah "dalang" pengkhianatan-Nya. Doa-Nya tertumpu pada kehendak Allah, meskipun dalam penderitaan-Nya. 



Maka, persoalannya haruslah, KEHENDAK siapakah yang didoakan anda?


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

God, What About Me?

Apabila kita rasa ketinggalan di belakang dalam hidup dan suara pembandingan menjadi makin kuat, kita kerap gagal melihat Allah bergerak di tengah-tengah kita. Pada waktu inilah iman kita paling banyak digunakan. Baca re...

More

Kami berterima kasih kepada David & Ella kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://davidnella.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami