Info Pelan

Allah, Bagaimana Dengan Saya?Sampel

God, What About Me?

HARI 1 DARIPADA 5

Rasa Dilupakan


Keseksaan yang timbul daripada rasa dilupakan oleh Allah ialah pengalaman yang pahit. Anda mungkin beralih daripada cuba mengekalkan sedikit iman yang tinggal kepada menolak iman sepenuhnya, kerana cuba 'mengekalkan iman' menjadi peringatan akan semua perkara yang tidak dimiliki. 



Walaupun kita rasa dilupakan oleh Allah, adakah Dia berupaya melupakan kita?



Yesaya 49:15 BM menyatakan, “Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya, atau tidak mengasihi anak kandungnya? Sekalipun ibu melupakan anak, Aku tidak akan melupakan kamu.”



Oleh itu, memanglah mustahil Allah itu melupakan anda. Bukanlah sifat-Nya untuk melupakan anda dan peribadi-Nya tidak membenarkan-Nya untuk berbuat demikian. Anda boleh mempercayai Firman-Nya melebihi perasaan anda kerana Dia ialah Allah yang menaikkan firman-Nya di atas nama-Nya. Maka, walaupun sekali sekala kita rasa ditinggalkan oleh Allah, sebenarnya kita tidak pernah ditinggalkan-Nya. Walau bagaimanapun, perasaan tidak harus diketepikan. Perasaan pengabaian itu merupakan peluang untuk mengalami hadirat-Nya dan kedaulatan-Nya terhadap hidup kita dalam cara yang tidak terbiasa.



Sebagai ibu bapa baru, kami belajar bahawa meskipun kami sayang akan anak perempuan kami lebih daripada diri sendiri, ada kalanya ia akan rasa tidak dikasihi oleh kami berdasarkan pandangan dan persepsi terhadnya terhadap kehidupan. Itu tidak mengubah kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa kami amat mengasihinya. Dengan cara yang sama, Bapa kita di syurga mempunyai rancangan untuk kita, tetapi rancangan tersebut tidak selalunya membuat kita "rasa" bahawa Allah mengasihi kita.  



Ini membawa kepada persoalan: Mengapakah kita mendasarkan sifat kebapaan Allah pada apa yang dilakukan-Nya dari segi fizikal untuk kita atau untuk orang lain? Pertimbangkan. 



Kita seolah-olahnya lupa bahawa Allah tidak terbatas kepada dunia fizikal ini, Dia juga tidak terbatas oleh daging. Masa hanya memiliki satu tuan dan nama-Nya ialah Jehovah, iaitu, Bapa syurgawi anda. 



Ingatlah meskipun anda bukan orang yang dipilih untuk sesuatu tugas itu, bukan orang yang dipilih untuk suatu jawatan atau kenaikan pangkat, ataupun bukan orang yang dipilih untuk dijadikan teman dan dikahwini, anda masihlah pilihan Allah. Kita tidak boleh melepaskan geram pada Allah, kerana Dia mengasihi dan memilih kita terlebih dahulu. 



Bapa Daud, Isai, tidak memilihnya semasa Samuel datang ke rumahnya untuk mengurapi salah seorang anak lelakinya sebagai raja. Isai langsung tidak terfikir tentang Daud! Ia seolah-olah Allah membenarkan Isai untuk menunjukkan siapa yang akan dipilihnya untuk menjadi raja antara anaknya. Kemudian, Allah campur tangan dan membuktikan bahawa orang yang dilupakan itulah pilihan Dia. 


Hari 2

Perihal Pelan

God, What About Me?

Apabila kita rasa ketinggalan di belakang dalam hidup dan suara pembandingan menjadi makin kuat, kita kerap gagal melihat Allah bergerak di tengah-tengah kita. Pada waktu inilah iman kita paling banyak digunakan. Baca re...

More

Kami berterima kasih kepada David & Ella kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://davidnella.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami