Info Pelan

Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 6 DARIPADA 14

Pertama-tama Penderitaan



"Mengapakah kita perlu menderita?" "Jika Allah betul-betul mengasihi kita, mengapakah semua perkara yang buruk berlaku kepada kita?" Saya kerap mendengar soalan seperti itu. Selama bertahun-tahun, kita bergumul dengan soalan tersebut, dan kita belum menemui jawapannya. Saya tidak cuba menjawab soalan tersebut. Walau bagaimanapun, saya membuat satu komen: "Jika Allah hanya memberkati kita selepas kita menjadi orang percaya--jika Dia menghapuskan semua penderitaan, kesusahan, dan kacau-bilau untuk orang Kristian--bukankah ia satu cara untuk menyogok orang untuk percaya?"



Itu bukanlah cara Allah bekerja. Tuhan mahu kita untuk menghampiri-Nya kerana kasih dan kerana kita menyedari bahawa kita berkeperluan--begitu berkeperluan sehinggakan hanya Dia yang boleh memenuhi keperluan tersebut buat kita.



Kenyataannya adalah sejak kelahiran kita sehingga kita kembali kepada Yesus, kita akan menderita dari masa ke masa. Sesetengah orang akan memikul tugas yang lebih sukar daripada orang lain, tetapi penderitaan tetaplah penderitaan.



Saya juga fikir bahawa apabila orang lain melihat kita ketika kita berpaling ke arah Allah untuk pertolongan semasa kesusahan kita dan mereka melihat kemenangan kita, ia menjadi kesaksian kepada mereka. Kesaksian itu tidak selalunya membuat mereka berpaling ke arah Kristus, tetapi ia menunjukkan hadirat Allah dalam kehidupan kita dan menyedarkan mereka tentang apa yang mereka ketinggalan.



Hari itu saya terfikir sesuatu yang baru: Penderitaan menghasilkan kesyukuran. Apabila kehidupan kita menjadi kacau-bilau dan kita tidak tahu apa yang harus dilakukan, kita berpaling ke arah Tuhan untuk pertolongan, dan Dia menjawab doa kita lalu membebaskan kita. Allah berbicara kepada kita dan menghiburkan kita. Akibatnya, kita bersyukur.



Masa di antara penderitaan dan kesyukuran adalah masa di mana iblis betul-betul menyerang fikiran kita. Ia mungkin bermula dengan mengatakan, "Jika Allah betul-betul mengasihi kamu, kamu tidak mungkin menghadapi ini." Kebenarannya adalah kita akan menghadapi masalah walaupun kita ialah orang percaya; kita akan menghadapi masalah jika kita bukan orang percaya. Namun, sebagai orang percaya, kita juga akan memperoleh kemenangan. Sebagai orang percaya dalam Yesus Kristus, kita boleh memiliki kedamaian di tengah-tengah ribut. Kita boleh menikmati kehidupan kita semasa kesusahan kerana kita benar-benar mempercayai bahawa Allah sedang bekerja bagi pihak kita untuk membawa pembebasan.



Doa: Tuan saya dan Allah saya, ampunkan saya kerana sentiasa inginkan kehidupan yang senang. Saya mengaku bahawa saya tidak mahu menderita, dan saya tidak suka apabila keadaan menjadi tidak kena. Tetapi saya meminta pertolongan-Mu agar saya memiliki sikap yang baik dan mempercayai Engkau untuk menghasilkan kebaikan daripadanya. Saya berdoa ini dalam nama Yesus Kristus. Amin.



Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami