Info Pelan

Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 9 DARIPADA 14

Kepercayaan yang Positif



Kisah Abraham mengagumkan saya walau berapa kali pun saya membacanya. Bukan sahaja kelahiran anaknya semasa dia berumur 100 tahun. Itu adalah satu mukjizat. Namun, juga mengagumkan adalah maklumat bahawa dia telah menunggu 25 tahun untuk penggenapan janji itu. Dia berumur 75 tahun semasa Allah menjanjikan seorang anak lelaki kepadanya.



Saya tertanya-tanya berapa ramai antara kita akan mempercayai Allah dan hidup dengan penuh harapan selama 25 tahun. Kebanyakan daripada kita mungkin akan berkata, "Sebenarnya saya tidak dengar daripada Allah." "Oh, saya rasa Allah tidak memaksudkannya." Ataupun "Saya perlu pergi ke tempat yang lain untuk mendapatkan firman yang baru daripada Tuhan."



Dalam ketidaksabaran kita, kita kerap mengambil tindakan sendiri. Saya fikir kita mendapat "idea yang baik" --membuat rancangan sendiri, yang kita harap akan diberkati Allah. Rancangan ini membuka pintu kepada kekeliruan dan huru-hara. Kemudian, akibatnya mesti diatasi, dan ini kerap menangguhkan mukjizat kita.



Alkitab memberikan kita janji, harapan, dan dorongan. Allah menjanjikan kebaikan kepada orang yang melayani Dia. Meskipun kesukaran keadaan kita--dan sesetengah orang menghadapi situasi yang betul-betul teruk--Allah masih menjanjikan kebaikan. Akan tetapi, rasa kebaikan kita tidak semestinya sama dengan kebaikan Allah. Memperoleh apa yang kita inginkan segera mungkin bukan hal yang terbaik bagi kita. Ada kalanya penantian adalah hal yang terbaik kerana ia membantu kita untuk mengembangkan sifat Allah dalam diri kita.



Tuhan memilih untuk berbuat baik terhadap kita dan membuat kita gembira; iblis memilih untuk melakukan perkara yang salah dan membuat kita sengsara. Kita boleh tetap sabar dan terus mempercayai janji Allah, atau kita boleh membenarkan bisikan iblis untuk memenuhi telinga kita dan menyesatkan kita.



Kepercayaan yang positif dalam Allah menghasilkan kebaikan kerana Dia yang baik telah menghantar kebaikan kepada kita. Jangan berputus asa, dan anda akan melihat hasil daripada kepercayaan anda yang positif.



Doa: Bapa di syurga, ampunkan kekurangan kepercayaan saya. Ampunkan saya kerana membenarkan Iblis untuk menipu saya atau membuat saya fikir bahawa saya tidak bernilai atau tidak patut menerima mukjizat-Mu. Saya memang bernilai kerana Engkau telah membuat saya bernilai. Engkaulah Allah segala kemustahilan, dan saya meminta Engkau untuk menolong saya menantikan-Mu dan tidak berputus asa. Saya berdoa dalam nama Tuhan saya Yesus Kristus. Amin.



Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 8Hari 10

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami