Info Pelan

Renungan Medan Perang MindaSampel

Battlefield of the Mind Devotional

HARI 3 DARIPADA 14

Apabila Kita Menumpukan Perhatian



Beberapa tahun lalu, saya mempelajari satu pengajaran yang sangat berharga: Kita menjadi apa jua yang menjadi tumpuan perhatian kita. Pernyataan yang mudah ini telah banyak mengajar saya. Di mana jua kita menumpukan tenaga kita atau perhatian kita, perkara tersebut akan berkembang. Satu cara lain untuk menyatakannya adalah, "Ke mana perginya minda, ke situlah kita tujui!"



Jika saya mula berfikir tentang ais krim, saya akan segera mendapati diri memandu mencari ais krim. Fikiran saya akan menggerakkan keinginan dan emosi saya, dan saya akan membuat keputusan untuk menurutnya.



Jika kita menumpukan perhatian pada perkara yang negatif dalam kehidupan kita sahaja, kita akan menjadi orang yang bersifat negatif. Segala sesuatu, termasuk perbualan kita, menjadi negatif. Kita segera kehilangan sukacita kita dan hidup sengsara--dan semua ini bermula dengan fikiran kita.



Anda mungkin menghadapi beberapa masalah dalam kehidupan--tidak menyedari bahawa andalah yang menimbulkannya dengan memilih untuk berfikir tentangnya. Saya mencabar anda untuk berfikir tentang apa yang anda fikirkan!



Anda mungkin rasa kecewa malah murung dan tertanya-tanya tentang puncanya. Namun, jika anda meneliti pemikiran anda, anda akan mendapati anda menyuap emosi negatif yang anda rasa itu. Fikiran negatif adalah bahan api untuk kekecewaan, kemurungan, dan banyak emosi lain yang tidak menyenangkan.



Kita harus memilih fikiran kita dengan berhati-hati. Kita boleh berfikir tentang perkara yang tidak kena dalam kehidupan kita atau perkara yang baik untuk kehidupan kita. Kita boleh berfikir tentang perkara yang tidak kena dengan orang dalam hubungan kita atau kita boleh melihat kebaikan dan merenungkannya. Alkitab mengajar kita untuk sentiasa mempercayai perkara yang paling baik. Apabila kita berbuat demikian, ia menjadikan kehidupan kita lebih gembira dan lebih tenang.



Doa: Ya Allah yang sabar dan penyayang, saya meminta pengampunan-Mu kerana menumpukan fikiran saya pada perkara yang tidak menyenangkan-Mu. Saya berdoa agar Engkau akan menolong saya untuk memenuhi minda saya dengan fikiran yang bersih, suci dan meningkatkan kehidupan. Dalam nama Yesus. Amin.



Daripada buku Battlefield of the Mind Devotional oleh Joyce Meyer. Hak cipta © 2005 Joyce Meyer. Diterbitkan oleh FaithWords. Hak cipta terpelihara.
Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Battlefield of the Mind Devotional

Ada kalanya kita tidak bersedia untuk keadaan yang melanda kehidupan kita. Apabila peperangan tercetus dalam minda anda, musuh akan menggunakan setiap alat dalam kumpulan senjatanya untuk melemahkan hubungan anda dengan ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Joyce Meyer Ministries kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: www.joycemeyer.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami