Info Pelan

Disembuhkan oleh Yesus Sampel

Healed by Jesus

HARI 6 DARIPADA 6

Sementara Kita Menunggu



Kita sudah baca tentang beberapa cerita yang menakjubkan di mana Yesus telah menyembuhkan orang semasa Dia berada di dunia ini. Ada kalanya, kata-kata-Nya menyembuhkan orang, pada masa yang lain, sentuhan lembut-Nya membawa keutuhan. Dengan setiap penyembuhan, kita membaca tentang orang yang mempercayai-Nya kerana apa yang dilakukan-Nya dalam kehidupan seseorang. Syukurlah, Yesus tidak menyembuhkan orang selama 33 tahun Dia hidup di dunia ini sahaja. Yesus masih menyembuhkan hari ini dalam lebih banyak cara daripada yang dapat kita fahami! 



Barangkali anda memerlukan sentuhan penyembuhan-Nya dan anda bertanya: Mengapa Yesus belum menyembuhkan saya? Seperti wanita dalam Alkitab yang mengalami masalah pendarahan selama 12 tahun, penyembuhan kita—mukjizat kita—mungkin masih "dalam proses." Janganlah putus harapan dalam siapa Yesus itu dan apa yang Dia dapat lakukan. Sementara kita menunggu mukjizat penyembuhan kita, marilah kita memilih untuk bersukacita dengan penyembuhan orang lain. Oleh sebab Yesus belum menyembuhkan anda lagi, tidak bermaksud Dia tidak akan menyembuhkan anda, dan oleh sebab Yesus kelihatan diam, tidak bermaksud Dia adalah diam. 



Jawapan sukar bagi soalan "Mengapa Yesus belum menyembuhkan saya?" adalah ini: Dia mungkin tidak akan menyembuhkan anda. Banyak orang menderita sepanjang hayat mereka kerana sesejenis penyakit, dan banyak orang yang meninggal dunia dengan kepercayaan pasti bahawa mereka akan disembuhkan. Kita perlu memahami bahawa idea penyembuhan kita mungkin tidak selaras dengan idea penyembuhan Allah. Sama ada penyembuhan kita datang bukanlah keputusan kita. Kita hanya boleh memainkan peranan kita. Yesus melakukan peranan-Nya. Kita percaya. Yesus menyembuhkan.



Satu fikiran terakhir sebelum kita mengakhiri Pelan ini. Mengapa Yesus menyembuhkan orang? Supaya orang akan percaya (Yohanes 4:53 BM). Dia bukannya tidak mahu orang dijadikan utuh dari segi fizikal, mental, atau emosi, kerana Dia inginkan itu buat kita. Jelasnya, Dia berbelas kasihan terhadap banyak orang, dan memilih untuk menyembuhkan mereka. Walau bagaimanapun, misi Yesus di dunia ini adalah memuliakan Bapa-Nya di syurga dan menjadi korban untuk dosa dunia ini. 



Memang kerap dalam pergumulan dan penderitaan kita, orang lain melihat gambaran indah Yesus. Cara kita hidup demi-Nya semasa mengharungi ribut kita, di tengah-tengah penantian kita, boleh menjadi mangkin yang membawa seseorang kepada Yesus. 



Mukjizat—baik besar mahupun kecil—berlaku di sekeliling kita. Kita inginkan mukjizat yang besar untuk berlaku, namun, kita terlepas mukjizat yang kecil di sepanjang perjalanan kita. Jika kita menumpukan perhatian pada apa yang kita belum terima lagi, kita akan terlepas apa yang sedang dilakukan oleh Allah di sekeliling kita, dalam kita, dan melalui kita. 


Hari 5

Perihal Pelan

Healed by Jesus

Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dal...

More

Pelan Alkitab original ini dicipta dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami