Info Pelan

Disembuhkan oleh Yesus Sampel

Healed by Jesus

HARI 1 DARIPADA 6

Kita Semua Memerlukan Penyembuhan



Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. 



Orang yang hidup apabila Yesus hidup di bumi ini tidaklah berbeza daripada kita. Mereka mempunyai anak yang sakit, penyakit yang mengasingkan mereka, dan pergumulan mental yang memenjarakan mereka. Walaupun mereka mungkin tidak betul-betul mengenali Yesus, mereka sedar akan sesuatu: berseru kepada Dia untuk penyembuhan adalah harapan terakhir mereka. Jadi, itulah yang dilakukan oleh mereka. 



Kitab Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes dipenuhi cerita tentang orang yang disembuhkan oleh Yesus. Bukan sahaja jenis penyembuhan biasa dengan "meletakkan tangan ke atas seseorang" sahaja, tetapi Dia menyembuhkan orang dalam pelbagai cara. Mereka disembuhkan apabila Dia bercakap dengan mereka, menyentuh mereka, menyoal mereka, dan apabila Dia melakukuan perkara yang luar biasa seperti meludah ke tanah dan menghantar orang untuk mencari imam. 



Kita tidak mengetahui setiap peristiwa penyembuhan yang telah berlaku semasa Yesus berada di bumi ini. Kita diberitahu oleh Yohanes bahawa tiada ruang yang mencukupi untuk mencatatkan setiap perkara menakjubkan yang telah dilakukan oleh Yesus (Yohanes 21:25 BM). Pada asasnya, sama ada anda berada bersama Yesus atau tidak, ataupun sama ada anda bergumul dengan kepercayaan anda atau tidak, Yesus berkuasa menyembuhkan anda. 



Marilah melihat anak lelaki kepada seorang pegawai kerajaan yang penting dalam Yohanes 4. Anak lelaki pegawai ini sakit tenat, dan hampir mati. Apabila ia mendapat tahu bahawa Yesus berada di kotanya, ia menemui Yesus dan merayu agar Dia menyembuhkan anaknya yang sakit itu. Yesus tinggal di sana dan berkata, "Pergilah, anakmu akan sembuh" (Yohanes 4:50 BM). Kita mendapati kemudiannya bahawa anak lelaki itu betul-betul sembuh. Sebenarnya, waktu Yesus bercakap adalah waktu demam meninggalkan anak itu. 



Mukjizat yang menakjubkan! Yesus tidak berada dekat kepada anak lelaki itu dan Dia tidak juga melihatnya. Dia cuma mengucapkan empat perkataan, dan begitu sahaja, anak lelaki itu disembuhkan dan seluruh keluarganya mempercayai Yesus. Walau bagaimana pun Yesus menyembuh, kita hanya perlu mengakui bahawa Dia menyembuhkan dan melakukannya dalam apa jua cara yang Dia rasa sesuai. 



Semasa hari berikutnya dalam Pelan ini, kita akan mempelajari tentang pelbagai cara yang digunakan oleh Yesus untuk menyembuhkan kita. Semoga ini mendorong kita bahawa Penyelamat kita ialah pelaku mukjizat, dan masih melakukan mukjizat hari ini. Marilah berdoa agar kita dapat melihat pekerjaan-Nya. 


Hari 2

Perihal Pelan

Healed by Jesus

Kita semua memerlukan sesejenis penyembuhan dalam kehidupan kita. Kita mungkin bergumul dengan penyakit fizikal, trauma emosi, tekanan jiwa, atau beban rohani—meskipun selepas bertahun-tahun berdoa untuk penyembuhan. Dal...

More

Pelan Alkitab original ini dicipta dan disediakan oleh YouVersion.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami