Info Pelan

KehilanganSampel

Loss

HARI 2 DARIPADA 5

MENYALAHKAN ALLAH



Apabila masalah mula timbul, manusia mempunyai kecenderungan semula jadi untuk menyalahkan orang lain. Kita risau akan sifat tragedi yang kelihatan tidak terkawal dan berlaku secara rawak, maka kita cuba mencari seseorang untuk melepaskan kemarahan dan kekecewaan kita. Malangnya, Allah sering menjadi sasaran kita. Secara terus terang, memanglah mudah untuk menyalahkan Allah. Kita berfikir, “Sekiranya Allah betul-betul maha berkuasa, Dia pasti dapat menghentikan ini”. Sementara Allah adalah maha berkuasa, orang yang harus disalahkan bagi kesakitan dan kehilangan kita adalah berbeza sedikit daripada itu.



Sementara buku telah ditulis tentang apa yang saya akan bincangkan di sini, jawapan yang pendek ialah melalui sifat Allah yang maha berkuasa, Dia telah mencipta manusia yang berkeupayaan menjalinkan hubungan yang penuh kasih sayang dengan-Nya. Pertama sekali, kita perlu berkemampuan memilih sama ada kita inginkan hubungan itu supaya kasih itu menjadi benar. Apabila adanya pilihan, kita berpotensi untuk berdosa. Apabila adanya dosa, anda akan sentiasa menderita. Sekiranya Allah menggunakan sifat maha berkuasa-Nya untuk menghentikan apa jua tragedi yang sedang dihadapi, pilihan perlu dimansuhkan, dan itu akan menghilangkan kasih yang sebenar. 



Baiklah, saya sedar bahawa perenggan di atas adalah agak padat, jadi saya akan meringkaskannya supaya lebih praktikal. Saya tahu hati anda luka – Allah tahu hati anda luka, dan Dia tidak suka bila kita tersinggung. Namun, menyalahkan Allah kerana kesakitan dan kehilangan anda hanya akan menjauhkan anda daripada-Nya, seterusnya menambahkan lagi penderitaan anda. Ini merupakan tipu muslihat Iblis yang terbesar…mendekati seseorang yang sedang menderita dan amat memerlukan Allah, dan meyakinkannya untuk melarikan diri daripada Allah. Ini seumpama memujuk seseorang yang ternyahhidrat bahawa air memudaratkannya…memang kejam. Oleh itu, sementara kita sudah berbincang tentang berkabung dan menyerahkan kesakitan anda di hadapan Allah, pastikan anda berbuat demikian dengan kesedaran bahawa Allah berpihak kepada anda dan Dia mahu menolong anda melalui ini. 


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Loss

Siapa-siapa pun tidak mahu mengalami kehilangan, bukan? Namun, ketika keadaan menjadi tidak terkawal dan peluang terlepas daripada tangan kita, apakah yang harus kita lakukan untuk mengatasi kehilangan yang timbul? Bagai...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Valley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://ccv.church/students

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami