Info Pelan

KehilanganSampel

Loss

HARI 1 DARIPADA 5

BERKABUNG



Bagaimanakah anda memproses kesakitan dan kehilangan? Sesetengah orang hanya duduk dan bergelumang dengan kesedihan. Sesetengah orang menyalurkannya ke saluran yang kreatif, menggubah lagu ataupun karya seni yang terhasil daripada kesakitan. Sesetengah orang memendamkannya, berpura-pura bahawa tiada apa-apa yang tidak kena, dan cuba mengelak daripadanya. Namun, walau di mana pun anda pada carta "menangani kesakitan", anda perlu mengetahui bahawa memang tidak apa untuk berkabung…untuk mengalami kepiluan kehilangan dan membenarkan diri anda untuk memperosesnya. Itu mungkin bukan budaya kita, tetapi kita boleh mempelajarinya dengan memerhatikan orang lain.



Nabi Yeremia dalam Perjanjian Lama merupakan seorang pengkabung yang terbesar dalam sejarah. Dia ditugaskan untuk memberikan amaran terakhir kepada orang Israel bahawa berpaling daripada Allah akan menyebabkan kemusnahan negeri mereka, dan apabila mereka enggan mendengar, Yeremia terpaksa melihat nubuatannya menjadi kenyataan. Bayangkan anda berdiri di kampung halaman anda dan melihatnya dimusnahkan, habis terbakar, dan semua rakyat ditawan sebagai hamba…ia ialah suatu tahap pemusnahan yang sukar difahami. Yeremia menulis kitab Ratapan selepas tragedi kebangsaan itu. 



Saya berharap anda melihat kejujuran Yeremia ketika dia bercakap dengan Allah. Dia meluahkan segala-galanya…dia amat susah hati, dia marah akan orang kampungnya, dia marah akan dirinya, dia sedih kerana peristiwa ini berlaku. Dia tidak berpura-pura, dia tidak bertindak seolah-olah dia memahaminya…dia hanya duduk di depan Allah dan meluahkan perasaannya. Allah tidak tersinggung. Sebenarnya, Allah mahu menjalin hubungan peribadi yang dalam seperti itu dengan kita, hubungan yang kita boleh mengatakan apa-apa sahaja kepada-Nya dan Dia tidak akan tersinggung atau marah. 



Maka, walau apa pun yang sedang anda hadapi sekarang - walau apa pun kehilangan yang menimpa dunia anda tanpa dijangka – jangan melarikan diri daripada perasaan itu. Dekati Allah dengan segala isi hati dan fikiran anda, beritahu Dia bahawa anda tidak memahaminya. Semasa anda berbuat demikian, saya yakin bahawa anda akan menyedari peringatan bagi Yeremia pada akhir petikan yang akan dibaca nanti…bahawa Allah tetaplah Allah, bahawa Dia mengasihi kita walau apa pun yang sedang berlaku di sekeliling kita, dan bahawa Dia sangat baik! Akhirnya, suatu hari nanti Allah akan menghilangkan semua kesakitan, sekali untuk selama-lamanya.  


Hari 2

Perihal Pelan

Loss

Siapa-siapa pun tidak mahu mengalami kehilangan, bukan? Namun, ketika keadaan menjadi tidak terkawal dan peluang terlepas daripada tangan kita, apakah yang harus kita lakukan untuk mengatasi kehilangan yang timbul? Bagai...

More

Kami berterima kasih kepada Church of the Valley kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://ccv.church/students

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami