Info Pelan

Kepastian Ketika KetidakpastianSampel

Certainty In Times Of Uncertainty

HARI 3 DARIPADA 5

Kita tidak boleh sentiasa pasti tentang apa yang sedang berlaku. Tak siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kita boleh membuat tekaan yang berdasarkan pengetahuan. Kita boleh membuat anggapan. Kita boleh memerhatikan polanya dan cuba memahaminya, tetapi tiada orang yang tahu apa yang akan berlaku esok. Kita hanya memiliki hari ini.



Dan hari ini sudah memadai.



Anda terselamat daripada setiap hari yang teruk setakat ini. Setiap keadaan dan halangan. Anda tidak ditewaskan. Anda nampaknya pernah menghadapi situasi yang tidak dapat diatasi, dan anda pernah berdepan dengan lawan yang menakutkan dan berkelebihan, namun anda ialah pemenangnya.



Ketika ketidakpastian, kita memilih untuk menjadi pasti.



Kita memiliki kepastian dalam Allah kita yang menyediakan apa yang diperlukan dan melindungi kita, bukannya dalam keadaan dan situasi kita.



Kepastian – Keyakinan yang tinggi bahawa sesuatu adalah demikian. Sifat benar dengan pasti. Kenyataan yang sudah pasti benar atau peristiwa yang sudah pasti akan berlaku.



Ketidakpastian – Keadaan tidak pasti. Sesuatu yang tidak pasti atau membuat seseorang itu rasa tidak yakin.



Ketidakpastian berkata, "Saya tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan."



Kepastian berkata, "Saya tahu siapa yang menentukan masa depan saya!"



Menjadi tanpa Kristus bermaksud menjadi tanpa kedamaian. Bermaksud menjadi tidak pasti. Setiap orang mempunyai hati nurani, yang mesti dipuaskan sebelum orang itu boleh menjadi betul-betul gembira. Ada satu hal yang boleh menenangkan hati nurani, iaitu berdamai dengan Allah.



Berjuang untuk hal yang paling penting bagi anda. Berjuang untuk iman anda. Berjuang untuk keluarga anda. Berjuang untuk hidup anda. Jangan membenarkan kenegatifan dan ketidakpastian untuk menguasai fikiran anda. Allah MASIH memberi berkat.



Sudah tiba masanya kita mengusir ketidakpastian dan meluangkan tempat untuk kepastian. Kenegatifan telah tinggal terlalu lama dan kepositifan akan pindah balik!



Kita perlu memperkenalkan dunia yang tidak pasti kepada Yesus yang pasti.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Certainty In Times Of Uncertainty

Di tengah-tengah ketidakpastian, Allah adalah pasti! Sertai David Villa dalam pelan terbarunya yang mengetepikan ketidakpastian dan kenegatifan demi mencapai sesuatu yang lebih besar.

Kami berterima kasih kepada David Villa kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://davidvilla.me

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami