Info Pelan

Kepastian Ketika KetidakpastianSampel

Certainty In Times Of Uncertainty

HARI 1 DARIPADA 5

 Setiap hari, orang di seluruh dunia memasang televisyen dan menonton siaran berita.



Peristiwa global dibincangkan di hampir setiap saluran.



Kenegatifan tersebar luas melalui internet.



Majalah dan surat khabar, sementaranya tidak popular seperti dahulu, masih banyak lagi.



Ketakutan dan kenegatifan masih hebat juga.



Anda tidak dapat mengelakkannya. Ia melanda kita 24/7. Kenegatifan ialah suatu wabak.



Namun, apakah yang kita lakukan?



Kita menguatkan bunyinya.



Kita mengetik pautan itu.



Kita menyelak-nyelak halaman itu.



Kita membenarkan kenegatifan ini untuk meresapi fikiran kita. Kita bimbang tentang apa jua peperangan yang sedang berlaku, apa jua penyakit yang menular, apa jua yang melanda pasaran saham.



Mengapakah kita melakukan ini? Apakah rasa kagum kita terhadap bentuk maklumat tersebut?



Kita takut.



Memang diketahui umum bahawa wujudnya kegelapan yang berleluasa dalam dunia ini, bersedia untuk mencengkam sesiapa sahaja yang akan mendengarnya.



Walau bagaimanapun, ada juga cahaya yang banyak.



Cahaya bersinar dalam kegelapan, dan kegelapan tidak dapat memadamkannya.



Cahaya yang sentiasa bersinar ketika waktu paling kelam dalam kehidupan saya ialah firman Allah. Walau apa pun situasi anda, Alkitab akan memimpin anda langkah demi langkah untuk mengharunginya. Krisis kewangan, isu perkahwinan atau hubungan, masalah di tempat kerja, di sekolah, bencana global, semua ini menjadi pudar apabila dibandingkan dengan Tuhan, dan dengan keabadian. Alkitab anda ialah sumber cahaya anda yang tidak henti-henti.



Meskipun di bilik yang paling gelap, apabila lampu dipasang, cahaya akan melenyapkan kegelapan. Meskipun semasa menghadapi kesusahan, di tengah-tengah tragedi dan ketidakpastian, cahaya yang disinarkan oleh Tuhan pada kita masihlah menang. Tiada yang lebih kuat. Tiada yang lebih terang.



Di tengah-tengah kegelapan, saya memilih untuk menjangkau cahaya itu. Membenarkan cahaya itu untuk menyinari roh saya dan untuk memimpin saya ke hari yang lebih baik.


Hari 2

Perihal Pelan

Certainty In Times Of Uncertainty

Di tengah-tengah ketidakpastian, Allah adalah pasti! Sertai David Villa dalam pelan terbarunya yang mengetepikan ketidakpastian dan kenegatifan demi mencapai sesuatu yang lebih besar.

Kami berterima kasih kepada David Villa kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://davidvilla.me

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami