Info Pelan

Bebas Pornografi Dengan John BevereSampel

Porn Free With John Bevere

HARI 2 DARIPADA 5

Apakah yang Anda Inginkan?



Beberapa tahun lalu, saya mempunyai seorang kawan yang ketagihan rokok. Meskipun ia sedar akan kesan buruk tabiat itu, ia masih merokok empat paket rokok sehari. Selama beberapa tahun, ia berdoa dan meminta Allah untuk membebaskannya daripada ketagihan itu, tetapi tiada apa-apa yang berubah.



Kemudian, pada suatu hari, ia melihat seorang kawan gerejanya dibebaskan segera daripada masalah yang sama. 



Kawan saya berasa sangat kecewa. 



Berasa marah, ia mengadu pada Allah dan membentak, "Saya berseru kepada-Mu selama dua tahun! Mengapa Engkau tidak membebaskan saya?!"



Allah bercakap kepadanya dan berkata, "Kerana kamu masih menyukainya."



Ia terpegun, dicengkam oleh pendedahan bahawa Allah tidak dapat membebaskannya daripada sesuatu yang masih disukai dan diinginkannya. Ini disebabkan Allah tidak akan menolak kehendak bebas kita. Ia bertaubat, meminta Allah untuk membantunya agar tidak lagi menginginkan perkara yang mengikatnya, dan ia dibebaskan dengan segera. Lelaki ini berubah daripada merokok empat paket rokok sehari kepada tidak merokok—dan ia bebas sehingga hari ini. 



Paulus menggesa kita, "Kamu harus mengasihi orang lain dengan ikhlas. Kamu harus membenci apa yang jahat, tetapi berpegang kepada apa yang baik" (Roma 12:9 BM). 



Sekiranya anda ingin dibebaskan, anda tidak boleh bersifat tidak tetap pendirian. Anda mesti amat membenci dosa yang anda inginkan pembebasan. Apabila hati saya mula hancur kerana pergumulan saya dengan pornografi sebagaimana hati Allah hancur barulah saya mula berjalan dalam kebebasan. Apabila saya mula memandang dosa saya sebagaimana Allah memandang dosa saya itu—sesuatu yang membinasakan, merosakkan, terkutuk—saya betul-betul membencinya. 



Berdoalah agar Allah akan membantu anda untuk memandang dosa anda dengan betul. Mintalah Dia untuk membantu anda membenci dosa. Apabila tiada bahagian anda yang masih menyukai dosa anda, anda akan mendapati lebih mudah untuk melepaskannya.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Porn Free With John Bevere

Ini bukanlah pelan untuk mengasak anda, memberitahu anda untuk melipatgandakan usaha anda, dan mengurus diri. Pelan Bebas Pornografi akan memegang tangan anda dengan kasih sayang, menemui anda di mana anda berada, dan me...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.messengercourses.com/porn-free

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami